Skip to main content

Hiburan

“Kenapa Kita Sama-Sama Melayu Tak Boleh…” - Aliff Syukri Sedih Dikecam Warganet Selepas Dapat Kembali Akses TikTok

Aliff Syukri akui sedih membaca setiap komen namun memilih untuk tidak membalas segala kritikan yang diterimanya.

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri menerima kecaman hebat daripada warganet selepas akaun TikToknya kembali aktif.
  • Aliff meluahkan kesedihan dan persoalkan mengapa masih ada yang suka mencampuri hidupnya walaupun dia tidak mengganggu orang lain.
  • Isterinya, Datin Seri Shahida, menjelaskan sekatan akaun TikTok itu mungkin disebabkan kemunculan anak mereka semasa siaran langsung, bukan kerana kandungan rakaman.
Advertisement

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa menerima kecaman daripada warganet selepas mendapat kembali akses akaun TikTok miliknya.

Aliff Syukri akui sedih membaca setiap komen namun memilih untuk tidak membalas segala kritikan yang diterimanya.

Advertisement

"Saya baca semua tapi saya tak nak respon, cuma saya sedih sangat bila saya dapat balik akaun TikTok saya ramai orang complain, kutuk dan macam-macam tomahan.

"Kenapa kita sama-sama Melayu tak boleh berbaik sangka? Sokong sama-sama. Saya tak pernah kacau hidup orang, tak pernah ambil kesempatan dengan orang," tulisnya.

Dalam luahan sama, Aliff turut mempersoalkan mengapa masih ada pihak yang gemar mencampuri urusan hidupnya walaupun dia merasakan tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

Katanya, segala kecaman yang diterima sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosinya.

"Kenapa orang banyak kacau hidup saya? Apa salah saya? Jujurnya, kadang-kadang saya lemah. Saya tak kuat," luahnya.

Sebelum ini, Aliff mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa video memaparkan dirinya sebak selepas mendakwa akaun TikTok miliknya disekat daripada melakukan siaran langsung selama lima tahun.

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff menunjukkan tangkap layar tetapan akaun @papalarisofficial yang memaparkan akaunnya hanya dibenarkan menggunakan semula fungsi siaran langsung bermula 15 Julai 2031.

Bagaimanapun, isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, tampil menjelaskan bahawa sekatan itu dipercayai bukan disebabkan penggunaan kandungan yang telah dirakam seperti didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, menurut Shahida, sekatan tersebut dipercayai berlaku selepas anak mereka, Yusoff muncul ketika sesi siaran langsung berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement