Skip to main content

Hiburan

“Kenapa Nak Tengok Munafik Versi Indonesia?” - Penonton Malaysia Akui Tersentuh, Arya Saloka & Acha Septriasa Jadi Tarikan

“Kenapa Nak Tengok Munafik Versi Indonesia?” - Penonton Malaysia Akui Tersentuh, Arya Saloka & Acha Septriasa Jadi Tarikan

Sekilas

  • Filem Munafik: Melawan Iblis versi Indonesia kini ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 1 Oktober dan mendapat sambutan hangat penonton tempatan.
  • Versi Indonesia menampilkan pelakon seperti Arya Saloka dan Acha Septriasa, dengan beberapa perubahan yang membuatkan ia berbeza dan lebih emosional daripada versi asal Malaysia.
  • Netizen berkongsi pengalaman menonton yang menyentuh hati dan menggalakkan peminat filem seram untuk menonton kedua-dua versi di pawagam.
Advertisement

Filem Munafik: Melawan Iblis terus mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton di Malaysia selepas ditayangkan di pawagam.

Menariknya, kemunculan versi Indonesia bagi francais yang cukup sinonim dengan filem seram Malaysia itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada penonton tempatan.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna media sosial pada awalnya mempersoalkan mengapa dia perlu menonton Munafik versi Indonesia sedangkan sudah pernah menyaksikan filem asal dari Malaysia.

“Tell me why I should watch Munafik versi Indonesia when I already watch Munafik versi asal dari Malaysia?” tulisnya.

Menjawab persoalan itu, netizen yang sudah menonton berkongsi mengapa peminat filem tersebut perlu menontonnya di pawagam.

Advertisement

“Sebab hampir buatkan air mata jantan aku keluar 😭😭😭.

“Akim cakap ada kelainan sikit versi Indonesia, so jom tengok.”

“3 act emo sikit. Btw worth it kalau tengok.

“ARYA SALOKA PUNYA PASAL 🤣

"Memang datang nak tengok Acha Septriasa," komen netizen.

Munafik : Melawan Iblis dibintangi Arya Saloka, Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.

Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia.

Munafik: Melawan Iblis kini ditayangkan di pawagan Malaysia pada 1 Oktober.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement