Sekilas
- Bella Park menafikan dakwaan bahawa dagunya yang runcing adalah hasil pembedahan dan menegaskan ia adalah ciri semula jadi yang diwarisi daripada keluarganya.
- Bella berkongsi bahawa anak perempuannya juga mewarisi bentuk dagu yang sama dan menolak komen negatif yang memperlekehkan ciri fizikalnya.
- Bella meluahkan rasa terkilan terhadap ejekan yang diterimanya, termasuk panggilan 'nenek kebayan', dan menegaskan dia tidak pernah mengubah wajahnya secara sengaja.
Personaliti media sosial, Bella Park tampil menepis dakwaan netizen yang mengatakan dirinya melakukan perubahan pada bahagian dagu kerana kelihatan runcing.
Menerusi hantaran di platform Threads, Bella berkata bentuk dagunya yang runcing merupakan ciri semula jadi yang diwarisi daripada keluarganya sejak turun-temurun, termasuk arwah datuknya.
Malah, Bella turut berkongsi bahawa anak perempuannya juga turut mewarisi bentuk dagu yang sama.
“Tak cacat, Alhamdulillah Allah bagi memang macam ni, keluarga saya semua dagu cotet atau runcing. Dari arwah tok saya lgi.
“Cantik gila dagu memang jenis runcing tok saya. Anak saya yang perempuan pun dapat dagu yang sama. bukan cacat. Allah bagi,” tegasnya.

Dalam masa sama, Bella juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir individu yang memberikan komen negatif sehingga sanggup memperlekehkan bentuk fizikal seseorang.
“Seminggu ni nampak mungkin lebih sikit runcing sebab tiba-tiba jerawat tumbuh betul-betul bawah dagu tu, jadi tambah runcing.
“Kenapa suka hina orang ya? Bila buka tengok profile, masya-Allah, kalau saya nak kutuk tu 2000x boleh tapi buat apa. Kita sama-sama ciptaan Allah,” tulisnya.

Tidak hanya diperlekehkan, malah Bella juga berasa terkilan apabila ciri wajah yang berbeza daripada kebiasaan dijadikan bahan ejekan, termasuk dagunya disamakan dengan rupa ‘nenek kebayan’.
“Saya tak buat, dagu saya memang jenis macam tu. Alhamdulillah tak pernah kacau siapa-siapa pun bila dagu saya ni tajam pun.
“Dari kecik dagu saya macam ni. Sadis hidup bila nampak orang ada features muka yang lain sikit terus cakap ‘buat’, plus panggil dagu jenis macam ni nenek kebayan.
“Video yang awak komen pulak saya buat 0.5x camera so nampak panjang lagi muka. Walhal depan-depan saya 200x lawa pada awak. Sekian,” jelasnya.
