Selebriti media sosial, Ira Kazar memohon jasa baik orang ramai agar membantu melaporkan satu akaun media sosial palsu (fake account) yang didakwa kerap mengganggu privasi dirinya serta rakan-rakan terdekat.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Ira mendedahkan individu berkenaan sering mencipta akaun baharu selepas disekat, selain menyebarkan nombor telefon pengurusnya kepada pihak lain.
Advertisement
“Minta jasa baik semua tolong report account ni please. Ira dah block dia merata tapi dia tetap buat akaun baru.
“Semua following Ira dia kacau, number phone manager Ira dia jual merata. Hari-hari stalk profile Ira, lepas stalk Ira, dia block balik,” dedahnya.
Tidak berhenti di situ, Ira berkata individu tersebut turut menyebarkan perkara tidak benar termasuk yang berunsur tahyul.
Tambah Ira lagi, gangguan itu semakin melampau apabila individu berkenaan ‘menyerang’ mana-mana pihak yang muncul dalam Insta Story miliknya.
“Kemudian tak habis habis dengan Thailand jin sihir dia, lama lama rasa annoying sebab hari hari ada je kawan-kawan Ira beritahu kena mention atau tag dengan dia ni. Tak tahu berapa kali report dah malas.
Menurut Ira, gangguan tersebut kini semakin melampau apabila individu berkenaan menyerang mana-mana pihak yang muncul dalam Instagram Story miliknya.
“TikTok dia Ira tak jumpa sebab dah kena block. Tolong guys report ramai ramai sampai account dia kena suspend.
“Semak juga lah hari hari kawan kawan inform pasal dia ni. Bukan setakat following Ira je dia kacau, dekat Ig Story Ira, siapa yang ada dengan Ira, kalau Ira ada tag orang, tak kisah lah siapa pun semua dia pegi kacau,” jelasnya.
Untuk rekod, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Namun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September 2024.
 
     
 
                                       
                                       
                                       
                                      