Sekilas
- Pelakon Riena Diana mengakui dia kurang keyakinan diri terutama bila bersolek kerana kulitnya yang cerah membuatkan solekan berlebihan nampak pelik.
- Riena memuji kecantikan wanita berkulit tan skin yang nampak cantik walaupun tanpa solekan.
- Dia juga menghargai kecantikan semua jenis kulit dan bersyukur dengan penampilannya sendiri.
Pelakon Riena Diana mengakui dia mempunyai masalah kurang keyakinan diri terutama melibatkan solekan wajahnya memandangkan kulitnya cerah.
Menerusi perkongsian di Threads, Riena berkata dia tidak boleh bersolek secara berlebihan kerana akan menampakkan wajahnya seperti lelaki menyerupai wanita.
“Saya selalu dilabel perempuan berkulit putih tapi sejujurnya, saya ada mempunyai masalah kurang keyakinan. Bila putih sangat, make up selalu tak boleh nak beria sebab nanti nampak mcm pond**.
“Bila tak pakai mekap nampak pucat kadang-kadang. Saya sentiasa kena pakai solekan secara dan sejujurnya kadang-kadang boring,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Riena memuji wanita yang mempunyai kulit ‘tan skin’ yang dilihat sangat cantik.
“Tapi bila tengok kulit tan skin make up, wow campak make up apa pun lawa sangat-sangat. Not to mention bila diorang tak pakai mekap.
“Tan skin ni kulit sejenis nampak bersih & berkilat. FAHAM TAK?! LAWA SANGAT,” ujarnya lagi.
Dalam perkongsian lain, Riena turut mengakui dia sangat terpegun melihat kecantikan rakan selebriti wanita yang berkulit tidak berapa cerah.
“Ramai selebriti lain yang kulit tak berapa putih, bila Riena jumpa depan-depan ya Allah lawanya. However, Riena bersyukur saja dan kecantikan ni sangat general.
“Kulit apa pun tetap lawa,” katanya.