Sekilas
- Shila Amzah mendedahkan bakat nyanyiannya mula dikesan ibunya melalui lagu iklan yang sering dinyanyikannya sejak kecil.
- Lagu iklan bertajuk ‘Ibu’ menjadi kegemaran Shila dan menjadi titik permulaan perjalanan seni yang kini dikenali ramai.
- Shila kini menyanyikan lagu bertemakan keibuan, menghubungkan kisah masa kecilnya dengan peranan barunya sebagai seorang ibu.
Siapa sangka, perjalanan seni Shila Amzah bukan bermula dari pentas besar, tetapi dari sebuah lagu iklan yang sering dimainkan di televisyen suatu ketika dahulu.
Dalam satu sesi temu bual terbaru, Shila mendedahkan satu kisah zaman kecil yang langsung tidak pernah dikongsikan kepada umum sebelum ini, tentang bagaimana ibunya mula menyedari bakat nyanyian Shila hanya kerana dia kerap menyanyikan lagu-lagu iklan di rumah.
Namun yang mengejutkan ramai, antara semua lagu iklan tersebut, ada satu lagu yang paling melekat di hatinya.
“My mom discover saya boleh nyanyi daripada umur kecil. One of the song was my favorite adalah lagu-lagu iklan,” katanya.
Menurut Shila, lagu yang dimaksudkan ialah lagu iklan bertajuk ‘Ibu’, yang ketika itu sering dimainkan di kaca TV dan menjadi kegemarannya.
“Saya akan nyanyi ‘Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku’. Setiap lagu iklan saya nyanyi, tapi lagu ni specifically was my favorite," tambahnya.
@shilaamzahofficial Perjalanan menjadi seorang ibu ini bukannya sempurna tapi inilah kisah kita. Belajar, sesuaikan diri, dan memberikan yang terbaik setiap hari untuk si kecil. Kepada ibu-ibu diluar sana, kekuatan dan kasih sayangmu sangat bermakna ❤️ Saya berasa sangat terharu dan berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada lagu ikonik ini. Sebuah lagu yang menyuarakan kasih sayang, pengorbanan, dan kekuatan seorang ibu yang sering tidak terungkap dengan kata-kata. Terima kasih Fernleaf kerana sentiasa menemani dan support dalam fasa penuh cinta. This motherhood journey isn’t perfect but it’s ours. Learning, adjusting, and giving my best every single day for my little one. To every mother, seen and unseen. Your strength & care matters. ❤️ I’m deeply honoured and grateful to be part of this iconic song, one that gives a voice to the love, sacrifices, and quiet strength of mothers, especially in moments that words can’t fully capture. Thankful for Fernleaf for supporting me through this season of love and growth. #Fernleafmy #Pilihanbijak #iburatuhatiku @Fernleaf Malaysia ♬ original sound - ShilaAmzah
Apa yang menjadikan pendedahan ini lebih menyentuh perasaan, Shila kini menyedari bahawa lagu tersebut seakan-akan menjadi petanda awal kepada perjalanan hidupnya dari seorang anak kecil, kini bergelar ibu dan menyanyikan lagu bertemakan keibuan.
Netizen rata-rata tidak menyangka, suara besar Shila Amzah yang dikenali hari ini sebenarnya bermula daripada sebuah lagu iklan yang dekat di hati rakyat Malaysia.