Pelakon, Shahidan Izwan berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada Isnin.
Shahidan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Advertisement
Menurut Shahidan, dia berasa bersyukur kerana mereka sekeluarga terselamat dan masih diberi peluang kedua.
“Sekelip mata boleh hilang segalanya. Tapi Allah masih beri peluang. Syukur saya, isteri dan anak dalam kandungan selamat,” maklumnya.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran, Shahidan memuat naik foto bersama isterinya dan mengesahkan bayi mereka selamat selepas menjalani pemeriksaan.
“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan selamat,” coretnya.