Skip to main content

Hiburan

Kes Tikam Pelajar: Mangsa Diberi Rawatan, Suspek Pula Ditahan Polis-JPN

Screenshot 2026 07 06 at 2.48.34 PM

Sekilas

  • Seorang pelajar perempuan cedera dipercayai ditikam oleh seorang wanita di sebuah sekolah di Banting pagi tadi.
  • Ketua Polis Daerah Kuala Langat mengesahkan mangsa dalam keadaan stabil dan kenyataan media lanjut akan dikeluarkan.
  • Video tular menunjukkan seorang wanita berpakaian hitam memegang pisau dan berlegar dalam kawasan sekolah tersebut.
Advertisement

Pelajar yang tercedera dalam insiden tikam di sebuah sekolah di Selangor sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu kenyataan berkata, suspek kes ini pula telah ditahan oleh pihak polis.

Advertisement

"JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan murid yang tercedera mendapat rawatan terbaik dan bantuan diberi kepada keluarga," katanya pada Isnin.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam berjalan di kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau.

Rakaman sama turut menunjukkan beberapa pelajar bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai suspek adalah bekas pelajar sekolah berkenaan yang dibuang dan ingin membalas dendam.

Tambah kenyataan itu, pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan," ulasnya.

Sumber: Sinar Harian



 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement