Skip to main content

Hiburan

"Kesian Dekat Anak Kau…" - Eric Fuzi Tegur Sikap Segelintir 'Mak Artis'

Menurut Eric atau nama lengkapnya, Muhamed Eric Muhamed Fuzi,34, bakat yang dimiliki seseorang artis tidak menjamin kejayaan sekiranya berdepan dengan masalah melibatkan ibu bapa, khususnya golongan yang sering digelar sebagai "mak artis".

Sekilas

  • Eric Fuzi dari Floor 88 berkongsi pandangan tentang kesan sikap ibu kepada artis terhadap kerjaya anak mereka dalam industri hiburan.
  • Eric menegaskan bahawa bakat semata-mata tidak menjamin kejayaan jika berdepan dengan masalah 'mak artis' yang terlalu campur tangan.
  • Beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak terlalu bersaing atau membandingkan anak mereka dengan artis lain demi kebaikan kerjaya anak.
Advertisement

Pelakon dan ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi menyorot perhatian warganet selepas berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir ibu kepada artis yang disifatkannya mampu memberi kesan terhadap perjalanan kerjaya anak mereka dalam industri hiburan.

Menurut Eric atau nama lengkapnya, Muhamed Eric Muhamed Fuzi,34, bakat yang dimiliki seseorang artis tidak menjamin kejayaan sekiranya berdepan dengan masalah melibatkan ibu bapa, khususnya golongan yang sering digelar sebagai "mak artis".

Advertisement

"Sepanjang aku berkecimpung dalam industri seni seawal usia tujuh tahun sampai sekarang, aku perhati kalau bakat seseorang tu power macam mana pun, 

“Tapi ada 'mak artis' problem, banyak yang kecundang," tulisnya di Threads. 

Dalam hantaran sama, Eric turut menitipkan nasihat kepada golongan ibu bapa agar tidak terlalu mencampuri perjalanan kerjaya anak-anak mereka.

Menurutnya, setiap artis mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak perlu bersaing atau merasa anak sendiri lebih hebat daripada orang lain.

"So kepada mak-mak artis ni, relax sikit... bukan anak kau sorang je yang power... sayang. Kesian dekat anak kau," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement