Skip to main content

Hiburan

“Kesian Kawan-Kawan Kita” - Eric Fuzi Kecewa, Dakwa Muzik AI Digunakan Dalam Citrawarna 2026

Eric berkata setiap tahun sejumlah besar graduan dilahirkan daripada fakulti muzik di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia yang memerlukan ruang untuk mengembangkan bakat serta mencari peluang pekerjaan.

Sekilas

  • Eric Fuzi dari Floor 88 persoalkan penggunaan muzik AI untuk acara Citrawarna 2026 yang sepatutnya beri peluang kepada graduan muzik tempatan.
  • Beliau tekankan setiap tahun lebih 700 hingga 1,250 graduan muzik dari institusi tinggi Malaysia perlukan ruang dan peluang pekerjaan dalam industri kreatif.
  • Eric anggap keputusan itu menyedihkan kerana acara besar dengan dana kerajaan sepatutnya buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Advertisement

Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi mempersoalkan keputusan menggunakan muzik hasil teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi acara Citrawarna 2026 sedangkan terdapat ramai graduan muzik tempatan yang berpotensi untuk diberikan peluang dalam industri kreatif.

Menerusi hantaran di Threads, Eric berkata setiap tahun sejumlah besar graduan dilahirkan daripada fakulti muzik di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia yang memerlukan ruang untuk mengembangkan bakat serta mencari peluang pekerjaan.

Advertisement

“Dalam setahun, anggaran graduan yang dihasilkan dari fakulti muzik di semua pusat pengajian di Malaysia ini lebih kurang 700 ke 1,250 orang.

“Tapi Citrawarna 2026, pakai muzik AI!,” tulisnya di Threads.

Pada masa sama, Eric menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang menyedihkan kerana acara berskala besar yang mendapat sokongan dana seharusnya menjadi platform untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Sedih, kesian kepada kawan-kawan kita. Kerajaan sokong dana buat event besar untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Tapi ada satu rakyat ambil semua gaji buat seorang. Gaji besar jadi bos arah-arahkan robot buat kerja seni,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement