Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Kesian Tengok Orang Nak Pergi Sekolah Kena Gigit, Ada Yang Sampai Hampir Maut” - PU Riz

PU Riz

Sekilas

  • PU Riz berpendapat orang awam di Malaysia, terutama yang tinggal di bandar, tidak perlu memelihara anjing berdasarkan saranan agama dan mazhab yang diamalkan.
  • Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan awam selepas beberapa kejadian serangan anjing dilaporkan.
  • Pandangan PU Riz mendapat reaksi kurang setuju daripada wargamaya yang menegaskan Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan anjing juga makhluk ciptaan Allah.
Advertisement

Penceramah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, berpandangan orang awam di Malaysia tidak perlu memelihara anjing, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, PU Riz berkata pandangan tersebut turut mengambil kira saranan agama serta kaedah dalam mazhab yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.

 

“Kalau tak keberatan, orang awam di Malaysia tak boleh dah pelihara anjing. Ini juga saranan Agama. 

 

“Mazhab kita memberi had had yang sangat tinggi yang mana orang di bandar tak perlu dan tak pakai kaedah ini (jaga kebun etc),” kongsinya. 

 

Menurut PU Riz, pandangannya itu turut didorong oleh kebimbangan terhadap keselamatan orang awam susulan beberapa kejadian melibatkan serangan anjing.

 

“Kesian tengok beberapa orang nak pergi sekolah kena gigit, ada yang sampai hampir maut. 

 

“Saya secara peribadi tak suka dengan kehadiran anjing baik di rumah jiran bukan Islam mahupun anjing liar. Maaf jika tak setuju. Ini hemat peribadi saya,” katanya. 

 

Bagaimanapun rata-rata wargamaya berasa kurang setuju dengan pandangan suami kepada usahawan dan selebriti Neelofa tersebut. 

 

Ia berikutan, mereka berpendapat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan kaum selain menganggap anjing juga haiwan yang dicipta oleh Allah. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement