Sekilas
- Pelakon dan pelawak era 80-an, Isma Aliff, meninggal dunia pada usia 61 tahun di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Kuala Lumpur.
- Kesihatan Allahyarham merosot sejak seminggu lalu selepas lama menghidap penyakit termasuk jangkitan jantung, paru-paru dan angin ahmar pada 2023.
- Isma Aliff terkenal melalui filem Mawar Merah dan Marah-Marah Sayang serta pernah menjadi juri tetap program Raja Lawak musim ke-7.
Pelakon, pelawak serta pengacara popular era 80-an, Isma Aliff disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi Rabu.
Allahyarham Isma atau nama sebenarnya menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun di kediamannya yang terletak Kampung Melayu Ampang, Kuala Lumpur.
Menurut adiknya yang disapa Angah, kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak seminggu yang lalu.
“Arwah sudah lama sakit. Cuma kesihatannya merosot sejak seminggu lalu,” katanya.
Sekadar info, Isma pernah mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru serta diserang angin ahmar pada 2023.
Untuk rekod, Allahyarham mula menempa nama dalam industri hiburan dan popular menerusi filem Mawar Merah dan Marah-Marah Sayang pada 1982.
Allahyarham juga pernah menjadi juri tetap bagi program Raja Lawak bagi musim ke-7 (RL7).
Sumber: Utusan