Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi sebelum ini, nama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tetap berjaya mencuri perhatian netizen apabila muncul dalam siri paranormal bersama pengacara Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik lan.
Menerusi perkongsian di media sosial, ramai penonton mengakui terhibur dengan gelagat bersahaja kedua-duanya yang disifatkan lucu dan tidak membosankan.
Advertisement
Malah, ada yang mengaku bukan peminatnya, tetapi tetap terhibur dengan lawak spontan dan gelagat bersahaja ketika digandingkan bersama CikLan.
“Cik Lan dengan Aliff Aziz ni memang buat saya ketawa mengekek.
“Saya sebenarnya bukan peminat Aliff sebab saya ‘team bass’, tapi kali ini memang kelakar. CikLan pun sama.
“Dia ni sebenarnya kacak, ada rupa. Cuma perangai sebelum ni je yang orang persoalkan. Tapi saya ketawa bila nampak CikLan dengan Azlee, tengah berjalan tiba-tiba kain pelikat terlucut. Dah lah siap pakai lampin sekali!”
“Ketepikan gosip sekejap, saya dan suami memang enjoy tengok episod kali ini. Seronok bila awak faham benda macam ni tak boleh main-main, apatah lagi ketika membaca ayat-ayat tertentu. Tapi saya paling nak tahu tiga perkara – itu dekat bas stop mana, belakang tu memang semak ke, dan berapa bacaan jantung paling tinggi?
“Ya, saya dan suami tengok sampai habis. Masalah peribadi awak dengan program tu adalah dua perkara berbeza. Jujurnya, ini nightwalk terbaik setakat ni – lawak, tak bosan langsung,” komen beberapa netizen.
Dalam pada itu, Aliff Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana penonton terhibur selepas episod berkenaan disiarkan.
“Seronok baca semua komen tentang nightwalk malam tadi. Alhamdulillah, nampaknya ramai yang betul-betul enjoy ya,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, Aliff sering menjadi perhatian kerana isu rumah tangga dan kisah peribadinya.