Skip to main content

Hiburan

Ketidakhadiran Ke Majlis BASS Dipertikai, Aznil Nawawi Tempelak Netizen - “Yang Tak Ada Kena Mengena Kenapa Berbunyi?”

Ketidakhadiran Ke Majlis BASS Dipertikai, Aznil Nawawi Tempelak Netizen - “Yang Tak Ada Kena Mengena Kenapa Berbunyi?”

Sekilas

  • Datuk Aznil Haji Nawawi menjelaskan dia dijemput dan diminta menjadi pengacara majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq, tetapi tidak dapat hadir kerana komitmen lain.
  • Aznil menasihati orang ramai supaya tidak mempersoalkan kehadiran seseorang ke majlis perkahwinan kerana setiap individu mempunyai agenda dan komitmen tersendiri.
  • Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan pada 10 Oktober lalu dengan majlis resepsi di MITEC yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.
Advertisement

“Pengantin tak buka mulut, tapi yang tak ada kena-mengena dengan keluarga pengantin kenapa berbunyi?”

Demikian respon pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi selepas ketidakhadirannya ke majlis perkahwinan pasangan selebriti Bella Astillah dan YB Syed Saddiq menjadi persoalan seorang netizen di Threads.

Advertisement

Mengulas lanjut, Aznil yang mesra disapa Pak Nil memaklumkan dia bukan sahaja dijemput untuk hadir malah diminta Bella dan Syed Saddiq untuk menjadi pengacara bagi majlis berkenaan.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Cicakman ini berasa ralat kerana tidak dapat memenuhi permintaan tersebut kerana mempunyai komitmen lain.

“Saya tak berkelapangan untuk hadir dan sebenarnya wakil daripada Syed Saddiq dah jemput saya sebelum kalian tahu tarikh perkahwinan mereka lagi.

Advertisement

“Cuma saya tak berkelapangan semasa pernikahan dan juga resepsi kerana saya ada majlis sendiri. Dan dalam waktu yang sama juga, sebenarnya saya dipancing juga untuk menjadi host majlis perkahwinan tetapi saya berasa ralat kerana tak dapat tunaikan,” katanya kepada Gempak.

Aznil berkata demikian ketika ditemui di sidang media Show Ada Kelas bersama Icon Entertainment bertempat di Shook Restaurant, JW Marriott Kuala Lumpur pada Rabu.

Sehubungan dengan itu, Pak Nil menasihati orang ramai untuk tidak mempersoalkan kehadiran seseorang ke majlis perkahwinan kerana setiap individu mempunyai komitmen tersendiri.

Malah, dia berpendapat perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan dan menjadi perdebatan di media sosial.

“Kenapa kita nak bertanya kenapa orang tu datang, kenapa orang tu tak datang, kan? Semua mempunyai agenda tersendiri. Yang penting kita doakan perkahwinan serta kebahagiaan mereka.

“Pengantin tak buka mulut, jadi yang tak ada kena-mengena dengan keluarga pengantin dan pengantin ini, kenapa berbunyi? Sekian, terima kasih,” tambahnya lagi.

Terdahulu, seorang netizen dilihat mempersoal ketidakhadiran Aznil ke majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Dakwa individu terbabit, ketidakhadiran Aznil mungkin disebabkan pengacara nombor satu negara berkenaan tidak dijemput pasangan yang terkenal dengan nama BASS itu.

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi mereka kemudiannya berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement