Skip to main content

Hiburan

Khai Bahar Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi & Balik Kampung - “Ada Momen Saya Sampai Rasa Kosong…”

Khai Bahar

Sekilas

  • Khai Bahar berkongsi pengalaman kehilangan kedua ibu bapanya yang membuatkan dia hampir berhenti menyanyi dan mahu pulang ke kampung.
  • Dia bersyukur atas sokongan peminat dan keluarga yang membantunya melalui proses menerima kehilangan tersebut.
  • Khai kini dilantik sebagai duta rasmi jenama Coco Cado yang baru melancarkan produk Potato Sticks dan Popping Pearls.

Pemergiaan ibu bapa memberi kesan yang sangat mendalam kepada penyanyi Khai Bahar sehingga dia pernah terdetik untuk berhenti menyanyi. 

 

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, perasaan itu juga menyebabkan dia mahu pulang ke kampung dan tinggal di sana. 

 

“Saya dah kehilangan kedua-dua ibu bapa saya… yela saya dah jadi yatim piatu. Saya tak pernah kongsi dekat mana-mana media sosial. Benda itu dah lama, dah lepas dah. 

 

“Ada momen saya sampai rasa kosong, rasa tak menyanyi, tak tahu nak buat apa. Kalau kita buat takut beri impak negatif pada orang luar. Kadang-kadang benda itu rasa tak best pada diri kita, kita keluar pergi buat show… takut orang tengok muka kita lain macam. 

 

“Atau kita buat benda tak sepatutnya, contoh rasa tak nak menyanyi, blah macam itu saja. Saya ada rasa nak buat keputusan tak nak menyanyi. Nak balik kampung, duduk sana. Tapi benda itu hanya sementara saja,” katanya. 

 

Bagaimanapun, Khai meluahkan rasa syukur apabila menerima sokongan dan doa daripada peminat serta keluarga terdekat. 

 

“Saya bersyukur atas doa, terima kasih kepada peminat saya dan keluarga saya terutamanya yang buat saya rasa macam itulah proses di mana saya nak hadap. 

 

“Kalau kucing mati pun boleh menangis tiga, empat hari. Ini pula ibu bapa dah tak ada. Nak ambil masa untuk terima kenyataan sangat lama. 

 

“Memerlukan masa dan sokongan dari oang sekeliling. Sebab itu saya banyak berdiam diri untuk elak benda negatif,” kongsinya. 

 

Sekadar info, Khai kini dilantik sebagai duta rasmi jenama Coco Cado yang baru sahaja melancarkan dua produk terbaharu, iaitu Potato Sticks dan Popping Pearls.

 

Menurut Pengarah Urusan Happy Alliance (M) Sdn. Bhd., Mr. Johnny Tan, keramahan dan karakter positif Khai sangat bertepatan dengan DNA Coco Cado. Malah, beliau yakin kerjasama ini akan membawa jenama tersebut ke tahap lebih membanggakan.

 

“Khai Bahar memiliki pengaruh luar biasa di Malaysia, dan kami melihat keserasian yang kuat antara dirinya dan jenama Coco Cado. Kami percaya pelantikan ini mampu melonjakkan nama Coco Cado ke peringkat lebih tinggi serta membuka lebih banyak peluang kerjasama di masa hadapan,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement