Skip to main content

Selebriti

Khairul Aming Berdepan Detik Cemas Dalam Kapal Terbang - “Seram Naik Flight Musim Hujan Ribut, Tiga Kali Cuba Baru Boleh Landing”

Khairul Aming Berdepan Detik Cemas Dalam Kapal Terbang

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming berkongsi pengalaman mencemaskan ketika menaiki penerbangan dari Subang ke Kota Bharu yang terpaksa membuat beberapa cubaan mendarat akibat cuaca buruk.

Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming menceritakan detik-detik cemas apabila pesawat yang dinaikinya gagal mendarat sebanyak dua kali di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, disebabkan hujan lebat dan ribut petir.

Advertisement

“Seram ya naik flight musim hujan ribut ni. Dari Subang fly ke Kota Bharu, cubaan pertama landing gagal sebab ribut, pusing atas langit setengah jam,” kongsinya.

Jelas Khairul Aming lagi, setelah cubaan kedua juga tidak berjaya, pesawat terpaksa melencong ke Pulau Pinang untuk mengisi minyak sebelum membuat penerbangan semula ke Kota Bharu. 

Bagaimanapun, pada cubaan kali ketiga, pesawat akhirnya berjaya dan kesemua penumpang selamat tiba di destinasi selepas empat jam.

“Cubaan landing juga gagal, dan kemudian dari KB detour ke Penang sebab kena isi minyak. Dari Penang fly balik ke KB.

“Kali ketiga baru boleh landing. Total 4 jam dalam flight. Yang penting syukur semua selamat. Safety first,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian Khairul Aming:

Must-Watch Video

Advertisement