Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Raih Lebih 600,000 Pengikut Baharu Sepanjang Ramadan, Kini Cecah 7 Juta ‘Followers’ Di TikTok

Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming berjaya tambah lebih 600,000 pengikut di TikTok sepanjang Ramadan, meningkat dari 6.4 juta ke 7 juta pengikut.
  • Majoriti pengikut baru KA terdiri daripada golongan muda seperti adik-adik, remaja dan Gen Z yang berminat belajar memasak.
  • Khairul Aming dikenali sejak 2017 melalui konten memasak yang mudah difahami, terutama semasa bulan Ramadan.
Advertisement

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming terus mencipta fenomena apabila meraih lebih 600,000 pengikut di TikTok sepanjang Ramadan.

Menerusi ciapan di Threads, Khairul Aming berkongsi tangkap layar memaparkan ‘followers’ TikTok miliknya yang meningkat daripada 6.4 juta kepada 7 juta hanya dalam tempoh sebulan

Advertisement

Menurut Khairul Aming yang mesra disapa KA, majoriti pengikut baharunya terdiri daripada golongan muda yang minat untuk belajar memasak.

“Sepanjang puasa ni followers TikTok naik dari 6.4 juta ke 7 juta. Kebanyakkan terdiri dari adik-adik, remaja dan Gen Z.

“Happy tengok adik-adik masuk dapur tolong mak masak. Nanti korang dah besar boleh turunkan ilmu ni dekat next generation pulak,” tulisnya.

Sekadar info, Khairul Aming juga pengusaha restoran viral, Rembayung mula menempa nama sebagai pempengaruh menerusi konten memasak di media sosial sejak 2017.

Sejak itu, KA mula dikenali dan mendapat tempat di hati warganet kerana konten memasak yang dikongsikannya khusus di bulan Ramadan yang mudah diikuti dan difahami.

Sumber: Threads Khairul Aming

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement