Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Tukar Bahan Resipi, Netizen Bergurau Minta Stok Dari ‘Kedai Acheh’ Pak Nil - “Dorang Dah Mula Cari Pasal”

Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming berkongsi resipi baru menggunakan lala sebagai bahan utama, berbeza daripada kebiasaannya yang menggunakan ayam.
  • Perkongsian resipi itu mencetuskan gelagat netizen yang berseloroh mencari lala di 'kedai Acheh' milik Datuk Aznil Nawawi.
  • Aznil atau Pak Nil turut memuat naik tangkap layar mesej lucu daripada netizen yang meminta lala dari kedainya, mengundang tawa ramai di media sosial.

Tindakan segelintir netizen yang bertindak ‘throwback’ dan mengorek semula video-video lama Khairul Aming mengundang ‘padah’ apabila pempengaruh itu mengambil keputusan untuk berkongsi resipi masakan yang lain daripada yang lain buat pengikutnya pada Rabu.

Masakan tidak, Khairul Aming yang gemar menggunakan ayam sebagai bahan utama masakan memilih pula untuk berkongsi resipi menggunakan lala sebagai bahan utama.

Perkongsian itu pastinya membuatkan pengikut setianya tidak tentu arah apabila perlu keluar pula ke pasaraya untuk mencari lala.

Apa yang mencuri perhatian, rata-rata netizen kemudiannya menggunakan kesempatan untuk bergurau senda pula dengan pengacara hebat, Datuk Aznil Nawawi yang sebelum ini tular dengan ‘kedai Acheh’ di rumahnya.

Menerusi Threads, Aznil yang mesra disapa Pak Nil memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan hantaran mesej yang meminta untuk membeli lala dari ‘kedai Acheh’nya.

“Salam, kat rumah Pak Nil ada lala lebih? Kat kedai Acheh area rumah saya dah sold out.

“Pak Nik, hari ini resipi KA (Khairul Aming) guna lala. Kedai Acheh Pak Nil ada lala tak,” seloroh netizen.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang tawa netizen yang rata-ratanya terhibur melihat reaksi warganet lain bersama-sama dengan Pak Nil.

Terdahulu, ramai netizen berseloroh melabelkan rumah Pak Nil sebagai ‘kedai Acheh’ selepas pengacara itu kelihatan begitu mudah untuk memasak semula semua resipi yang dikongsikan Khairul Aming setiap hari.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement