Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Turun Laut, Masuk Ladang Demi Sambal Baharu Nyet Ikan Bilis

Khairul Aming Turun Laut, Masuk Ladang Demi Sambal Baharu Nyet Ikan Bilis

Sekilas

  • Khairul Aming lancar produk terbaru, Sambal Nyet Ikan Bilis, selepas enam tahun fokus pada satu jenis sambal sahaja.
  • Produk ini menggunakan majoriti cili hijau untuk rasa pedas yang lebih lembut, berlemak, dan wangi, dengan proses pembuatan di Kota Bharu.
  • Perniagaan Khairul kini menggaji 100 anak tempatan dan pelancaran sambal baru ini adalah yang terbesar pernah dilakukan.
Advertisement

Selepas enam tahun berniaga dengan hanya satu jenis sambal, usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming akhirnya memperkenalkan produk terbaharunya, Sambal Nyet Ikan Bilis.

Lebih menarik, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sendiri turun padang termasuk mengikuti nelayan ke laut di Setiu, Terengganu serta mengunjungi ladang cili di Banting, Selangor bagi mendalami proses mendapatkan bahan utama produk baharunya itu.

Menurut Khairul, Sambal Nyet Ikan Bilis menawarkan rasa berbeza dan lebih ‘kick’ selain menggunakan lebih banyak bahan berbanding produk sambal terdahulu.

“Selepas enam tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baharu.

“Rasa yang berbeza, lebih ‘kick’ dan menggunakan lebih banyak bahan,” katanya menerusi perkongsian dalam media sosial.

Katanya, berbeza dengan Sambal Nyet Berapi, produk baharunya menggunakan majoriti cili hijau bagi menghasilkan profil rasa berlainan.

“Untuk sambal kali ini kita gunakan majoriti cili hijau berbanding cili merah. Untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai jenis cili, kita turun ke Banting, Selangor untuk tengok macam mana petani tempatan kita menghasilkan cili.

“KA guna cili hijau kali ini sebab nak dapatkan rasa pedas yang lebih lembut, lebih berlemak dan lebih wangi dalam sambal.

“Untuk resipi ini kita gunakan 75 peratus cili hijau dan 25 peratus cili merah,” ujarnya.

Khairul kemudian membawa pengikutnya melihat proses penghasilan sambal di Kota Bharu, Kelantan yang juga merupakan tempat kelahirannya.

“Di sinilah kita ada tiga buah kilang yang boleh menghasilkan lebih daripada 12,000 botol sambal setiap hari.

“Segala proses berlaku di sini bermula daripada kawalan kualiti bahan, mencuci, memasak, pembotolan, pembungkusan sehingga penghantaran, semuanya dalam satu pusat sehenti,” jelasnya.

 

 Dalam masa sama, Khairul turut meluahkan rasa syukur apabila perniagaan yang dibangunkannya kini menyediakan peluang pekerjaan kepada 100 anak tempatan.

“Alhamdulillah, sampai sekarang KA telah menggaji 100 anak tempatan yang setia berkhidmat dengan kita selama enam tahun ini.

“Jadi inilah produk terbaharu Khairul Aming, diinspirasikan daripada rasa tempatan, dibuat menggunakan bahan tempatan, dihasilkan oleh anak tempatan untuk dinikmati satu dunia.

“Tuan-tuan dan puan-puan, izinkan saya memperkenalkan produk keempat Khairul Aming, Sambal Nyet Ikan Bilis,” katanya.

Khairul turut memaklumkan pelancaran kali ini bakal menjadi pelancaran produk terbesar pernah dilakukannya dengan beberapa pengumuman lanjut akan dibuat sepanjang minggu ini.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement