Konsert Kilauan Emas 2025 minggu kelima menyaksikan Shah diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Membawa lagu berjudul Salam Kasihku nyanyian asal Datuk M Daud Kilau, Shah telah melakukannya dengan begitu baik sekali.
Advertisement
Bagaimanapun Shah terpaksa akur apabila nasib tidak menyebelahi dirinya dan berada di kedudukan terakhir dengan markah sebanyak 62.01 peratus.
Dalam pada itu, tempat pertama pula kembali menjadi milik Zekrai dengan markah 82.73 peratus.
Manakala Kinar sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Emas Berkilau Of The Week buat minggu kelima Kilauan Emas 2025.
Berikut merupakan markah penuh konsert di minggu kelima:
1. Zekrai - 82.73%
2.Mazleen - 81.88%
3.Kinar - 77.90%
4.Majid - 74.50%
5.Zanie - 71.00%
6.Leeza - 70.84%
7.Nawary - 69.47%
8.Ezan - 65.47%
9.Shah - 62.01%
Kilauan Emas 2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Kilauan Emas 2025 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Barisan juri pula mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama pelawak Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura.
Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik selepas konsert berlangsung dan bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
Manakala Keanu Azman dan Sarah Karmila pula diberi tanggungjawab sebagai hos Live+.
Kilauan Emas 2025 turut boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.