Skip to main content

Kpop

Kim Gyu Ri, Rakan Cedera Rumah Dimasuk Perompak

Astro Gempak gyu ri

Sekilas

  • Aktres Kim Gyu Ri menjadi mangsa rompakan bersenjata di kediamannya di Bukchon Hanok Village, Seoul pada 20 Mei.
  • Gyu Ri dan rakannya cedera selepas berlaku pergelutan dengan suspek yang memecah masuk untuk mencuri wang.
  • Suspek berusia 40-an ditahan dan polis sedang menyiasat insiden tersebut yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan selebriti.

Aktres Kim Gyu Ri menjadi mangsa terbaharu rompakan bersenjata di kediaman selebriti Korea Selatan. Insiden berlaku di kediamannya di Bukchon Hanok Village, Jongno-gu, Seoul, pada 20 Mei, lapor Channel A.

Gyu ri dan rakannya dilaporkan tercedera dalam insiden tersebut. Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 40-an berjaya ditahan selepas memecah masuk kediaman bintang itu pada sekitar pukul 9 malam waktu tempatan.

Menerusi kronologi kes, perompak bersenjata itu terserempak dengan rakan serumah Gyu ri sebelum berlaku pergelutan dan mereka cedera.

Perompak tersebut dipercayai memecah masuk ke kediaman aktres itu untuk mencuri sejumlah wang.

Suspek bagaimanapun didakwa menyerah diri sekitar tiga jam selepas insiden berlaku. Pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan butiran lanjut.

Rompakan yang berlaku mencetuskan kebimbangan dalam kalangan selebriti, sementalah ramai yang pernah berkongsi kediaman mereka dalam media sosial atau program televisyen.

Gyu ri sebelum ini pernah mempamerkan kediamannya dalam sebuah program di KBS2 pada tahun 2022.  Sebelum ini, kediaman penyanyi dan pelakon Nama di Guri juga telah dipecah masuk sebelum dia dan ibunya mencederakan perompak dengan senjata sewaktu mempertahankan diri.

Anda mungkin berminat dengan

70mai A200 Dashcam 1080P Full HD Resolution + HDR | Dual Channel Recording | App Control | 24H Parking Surveillance |

70mai A200 Dashcam 1080P Full HD Resolution + HDR | Dual Channel Recording | App Control | 24H Parking Surveillance |

Must Watch Video

Advertisement