Skip to main content

Hollywood

Kim Kardashian Dedah Hidap Esophagitis, Terbayang Nasib Bapa Meninggal Dunia Akibat Kanser

Kim Kardashian Dedah Hidap Esophagitis, Terbayang Nasib Bapa Meninggal Dunia Akibat Kanser

Sekilas

  • Kim Kardashian mendedahkan dia didiagnosis dengan esophagitis, penyakit keradangan pada saluran esofagus, dalam treler musim kelapan program realiti The Kardashians.
  • Keadaan kesihatan Kim mengingatkan peminat tentang arwah bapanya, Robert Kardashian, yang meninggal dunia akibat kanser esofagus pada 2003.
  • Treler juga memaparkan Kim di hospital menjalani prosedur perubatan, manakala ibunya, Kris Jenner, menunjukkan reaksi sebak terhadap keadaan tersebut.
Advertisement

Selebriti terkenal dunia, Kim Kardashian mengejutkan peminat dengan berita tentang kesihatannya apabila apabila mendedahkan diagnosis berkaitan esofagus.

Menerusi treler musim kelapan program realiti The Kardashians, Kim mendedahkan telah didiagnosis dengan esophagitis iaitu penyakit berkaitan saluran esofagus yang mengalami keradangan dan iritasi.

Advertisement

Pendedahan tersebut dibuat sewaktu pengasas SKIMS itu dilihat sedang menjalani sesi dandanan rambut dan solekan sebelum memberitahu mengenai keadaan kesihatannya.

“Saya menghidap sesuatu yang dipanggil esophagitis,” katanya seperti dilaporkan Hola!.

Situasi bertukar lebih serius apabila seseorang di luar kamera bertanya: “Bukankah itu penyakit yang ayah awak… meninggal dunia disebabkan penyakit itu?”

Advertisement

“Ya,” jawab Kim ringkas.

Dalam treler sama turut memaparkan Kim berada di atas katil hospital, termasuk satu babak yang kelihatan seperti dirinya sedang dibawa masuk untuk menjalani prosedur perubatan.

Ibunya, Kris Jenner, turut kelihatan sebak ketika bercakap mengenai keadaan anaknya.

“Saya tak boleh… ia membuatkan saya mahu menangis,” luah Kris.

Pengakuan Kim, 45, mengingatkan kepada arwah bapanya, Robert Kardashian, yang meninggal dunia akibat kanser esofagus.

Robert Kardashian sebelum ini meninggal dunia akibat kanser esofagus pada September 2003, ketika berusia 59 tahun.

Peguam terkenal yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan pembelaan O.J. Simpson itu hanya didiagnosis dengan penyakit berkenaan beberapa bulan sebelum kematiannya.

Malah,  Khloé Kardashian, sebelum ini turut berkongsi tentang pengalaman keluarga mereka berdepan penyakit tersebut.

Dalam episod podcastnya pada 2025, Khloé mendedahkan keadaan bapanya merosot dengan begitu pantas selepas diagnosis.

“Bapa saya meninggal dunia dengan sangat cepat,” katanya.

Menurut Khloé, Robert meninggal dunia kira-kira enam atau tujuh minggu selepas didiagnosis. Pengalaman tersebut ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga Kardashian.

Ironi, ini bukan kali pertama Kim berkongsi mengenai kebimbangan kesihatannya menerusi rancangan berkenaan.

Pada musim terdahulu, Kim pernah mendedahkan bahawa dia diberitahu mempunyai aneurisme otak. Bagaimanapun, doktor kemudiannya menentukan keadaan tersebut bukan ancaman kesihatan yang serius.

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

High Quality Pomade / Snavecito / Pomade Snavedio / Pomade Strong Hold / Original Flavor PMO-040 , Pomade Murah Borong

High Quality Pomade / Snavecito / Pomade Snavedio / Pomade Strong Hold / Original Flavor PMO-040 , Pomade Murah Borong

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

Must Watch Video

Advertisement