Ringkasan AI
- Kim Kardashian kecewa dengan tukang tilik dipercayai keluarganya selepas gagal dalam peperiksaan peguam.
- Empat tukang tilik tersebut menjanjikan dia akan lulus, tetapi semua ramalan mereka meleset.
- Kim mengambil peperiksaan peguam buat pertama kali pada Julai lalu dan mengumumkan keputusan pada November.
- Walaupun gagal, Kim bertekad untuk terus belajar dan tidak berputus asa dalam usaha menjadi peguam.
- Sejak 2019, Kim menyambung pelajaran guaman untuk meneruskan legasi bapanya, Robert Kardashian.
Selebriti Kim Kardashian melampiaskan rasa tidak puas hati terhadap beberapa orang tukang tilik yang amat dipercayai keluarganya selepas mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan untuk melayakkannya menjadi seorang peguam.
Menerusi TikTok, Kim, 45, mengatakan tukang tilik kepercayaan keluarganya memberitahu dia akan lulus dalam salah satu peperiksaan menjadi peguam.
“Mereka semua, kalau tak silap saya empat orang, memberitahu saya akan lulus dalam peperiksaan.
“Tapi mereka (tukang tilik) semua penipu. Saya tidak percaya satu pun cakap dan ramalan mereka,” ujar Kim seperti dilaporkan People.
Kim sebelum ini mengambil peperiksaan menjadi peguam buat pertama kali pada Julai lalu. Dia kemudian mengumumkan keputusan peperiksaan pada 8 November lalu di akaun Instagramnya.
“Saya belum menjadi peguam lagi. Saya hanya mampu melakonkan watak ini di TV.
“Selama enam tahun dalam perjalanan ini, saya mahu lulus. Tanpa jalan singkat dan tidak akan berputus asa.
“Saya hanya perlu belajar lebih kuat,” katanya/
Bekas isteri Kanye West itu telah menyambung pelajaran dalam bidang guaman sejak 2019 dalam usaha cuba menyambung legasi mendiang bapanya yang merupakan seorang peguam, Robert Kardashian.