Ringkasan AI
- Kim Seri menafikan dakwaan bahawa dia lupa anak-anak selepas berkahwin dengan lelaki Korea.
- Seri menjelaskan dia tidak mengejar cinta, sebaliknya suaminya, Amin, memilih untuk sentiasa berada di sisinya.
- Dia menegaskan sentiasa memikirkan anak-anak walaupun orang luar tidak memahami situasinya.
- Seri berkata hanya dia dan Allah yang tahu kebenaran tentang kehidupannya dan tidak perlu menjelaskan lebih lanjut.
- Seri kini menetap di Korea bersama suaminya, Choi Amin, yang merupakan warganegara Korea.
Pempengaruh media sosial, Kim Seri menafikan dakwaan dirinya telah lupa mengenai anak-anaknya selepas berkahwin dengan lelaki Korea.
Menerusi komen seorang diberikan, seorang individu mendakwa Seri tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dengan baik kerana terlalu asyik mengejar cinta.
Seri bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut menerusi satu hantaran di Insta Stories miliknya.
“Di akhirat juga dihitung jari yang menaip. Dengan nama Allah saya tak pernah mengejar cinta tapi Amin yang memilih untuk sentiasa berada di sisi saya dari dulu hingga kini.
“Saya selalu fikir anak-anak tapi anda takkan pernah faham situasi saya dan hanya dengan alasan 'kalau sayang anak balik lah Malaysia’” tulisnya.
Tambah Seri lagi dia tidak perlu menjelaskan secara lanjut mengenai perkara itu kerana hanya dia dan Allah sahaja mengetahui perkara sebenar.
“Tapi tak apalah, saya tak perlu jelaskan apa-apa tentang itu sebab Allah lebih tahu.
“Anda juga ada anak, semoga tak diuji denga situasi terpaksa berpisah dengananak. Jangan terlalu bangga hari ini,” coretnya.

Untuk info, Seri yang kini menetap di Korea telah mendirikan rumah tangga bersama Choi Amin yang merupakan warnagera di sana.