Sekilas
- Pelakon Mimi Lana masih bersedih dengan pemergian YABhg. Tun Dr. Hasmah dan terinspirasi dengan kisah cinta sejati beliau bersama Tun Dr. Mahathir.
- Dia mendoakan agar Tun Dr. Mahathir diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan isteri tercinta.
- Mimi turut berdoa agar dirinya dan pasangan dikurniakan usia panjang, kesihatan baik, serta rezeki untuk terus menyayangi hingga ke hari tua.
Pelakon Mimi Lana mengakui masih bersedih dengan pemergian YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali sehingga setiap video Allahyarhamah bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad membuatkan hatinya tersentuh.
Menerusi Threads, Mimi berkata, dia cuba menenangkan diri sejak menerima berita pemergian Allahyarhamah, namun kisah cinta pasangan tersebut membuatkannya terinspirasi dalam masa sama berasa pilu.
“My heart still aches over yesterday’s news. I’ve been trying to stay calm, but every video of Tun Dr Siti Hasmah and Tun Dr Mahathir leaves me feeling both inspired and heartbroken.
“The love they shared is so beautiful to witness. Cinta sejati itu benar-benar wujud,” tulisnya.
Mimi turut mendoakan agar Tun Dr. Mahathir diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan isteri tercinta.
“Semoga Allah kurniakan Tun Mahathir kekuatan dan ketabahan dan semoga suatu hari nanti mereka dipertemukan semula di syurga. Pasti, insya-Allah.
“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah,” katanya.
Pada masa sama, melihat kasih sayang yang terjalin antara pasangan tersebut turut membuatkan Mimi menitipkan doa buat dirinya dan pasangan agar dikurniakan usia panjang serta kesihatan yang baik.
“Melihat mereka bersama membuat saya berdoa untuk diri sendiri juga.
“Semoga Allah panjangkan usia saya dan pasangan dalam kesihatan yang baik, dan kurniakan kami rezeki untuk terus menjaga serta menyayangi satu sama lain hingga ke hari tua,” ujarnya.

YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun pada 16 Rabiulakhir 1448H.
Pemergian Allahyarhamah turut mengundang rasa kehilangan dalam kalangan masyarakat yang mengenang jasa, keperibadian serta kasih sayangnya bersama Tun Dr. Mahathir sepanjang kehidupan mereka.
Sumber: Threads