Skip to main content

Hiburan

“Kita Ada Je Kat…” - Ainan Tasneem Beri Bayangan Bakal Lancar Lagu Baharu

Perkara itu dikongsikan oleh Ainan menerusi satu hantaran di Threads selepas seorang pengguna media sosial meluahkan kerinduan terhadap karya penyanyi generasinya, termasuk Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Tasha Manshahar dan Najwa Latif.

Sekilas

  • Ainan Tasneem mengesahkan dia masih aktif dalam dunia muzik dan bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi.
  • Pernyataan itu dibuat sebagai respons kepada peminat yang merindui lagu-lagu cinta dan santai dari penyanyi generasi mereka.
  • Peminat menunjukkan keterujaan dan tidak sabar menantikan karya terbaru Ainan selepas pengumuman tersebut.
Advertisement

Penyanyi,Ainan Tasneem memberi gambaran kepada peminat bakal kembali dengan buah tangan terbaharu.

Perkara itu dikongsikan oleh Ainan menerusi satu hantaran di Threads selepas seorang pengguna media sosial meluahkan kerinduan terhadap karya penyanyi generasinya, termasuk Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Tasha Manshahar dan Najwa Latif.

Advertisement

“Weh mana, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Tasha Mansahar, Najwa Latif, Ainan Tasnem, n seangkatan tu semua yer, diorang dah betul-betul bersara ke dari dunia nyanyian yg fana ni ker?

“Aku rasa rakyat Malaysia memerlukan lagu-lagu cinta monyet, galau-galau, happy-happy, lagu guitar chord basic…Penat la nak dengar lagu-lagu terpaling suara power,” tulis individu tersebut. 



Menjawab persoalan itu, Ainan memberi jaminan dia masih aktif, malah meminta peminat supaya menantikan karya baharunya.

“Kita ada je kat siniiii. Janji tau nanti lagu baru kita keluar awak dengar ehh? Tau tau tau. Need you guys punya support 🫶🏻,” kata Ainan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk mendengar buah tangan terbaharu Ainan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement