Skip to main content

Berita

"Kita Tidak Tahu Apa Akan Jadi Hari Ni Atau Esok" - Aisha Retno

aisha

Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno, kini bersedia memberikan pengalaman muzik paling istimewa buat para peminatnya menerusi showcase eksklusif 'The A.I.S.H.A Experience' yang bakal berlangsung pada Sabtu, 20 September 2025, jam 8.30 malam di Jio Space, Petaling Jaya.

Menariknya, persembahan ini bukan sekadar konsert biasa tetapi mengetengahkan konsep ‘Rehabilitasi’, sebuah tema yang sarat mesej tentang kekuatan untuk bangkit kembali selepas melalui pelbagai cabaran. Aisha akan menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk karya terbaharu dan lagu-lagu pilihan peminat setia.

Advertisement

Malam penuh emosi ini turut diserikan dengan kehadiran artis jemputan hebat iaitu Aizat Amdan dan Megat Fazly, selain dua lagi penampilan istimewa yang hanya akan diumumkan pada malam persembahan.

“Kita tidak tahu apa yang akan jadi hari ini atau esok, jadi marilah kita raikan setiap detik kehidupan kita. Kejarlah cita-cita dan kerjaya dengan sepenuh kudrat.

"Saya percaya, jika kita sanggup bekerja keras dan keluar daripada kotak kebiasaan, kita mampu meneroka kebolehan diri kita," katanya.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif LOL ASIA, Rizal Kamal, tidak menafikan bakat dan aura Aisha sebagai bintang masa depan industri muzik tanah air.

“Aisha Retno merupakan salah seorang bintang paling menyerlah di Malaysia. Bakat, kegigihan dan dedikasinya nyata memberi inspirasi. Kami di LOL ASIA bangga menyokong Aisha yang tampil dengan pelbagai muzik terbaharu, dan kami yakin persembahan ini mampu menghiburkan serta mengukuhkan lagi perjalanan seninya sebagai peneraju masa depan industri muzik negara," ujarnya.

Showcase “The A.I.S.H.A Experience” dianjurkan oleh LOL ASIA dengan sokongan FLY FM.

Must-Watch Video

Advertisement