Skip to main content

Hiburan

Kodi Rasheed Kongsi Pengalaman Dipandang Rendah Oleh Kenalan Rapat - “Dia Pernah Kutuk Que Haidar…”

Kodi Rasheed

Sekilas

  • Pelakon Kodi Rasheed mendedahkan dia pernah dipandang rendah oleh kenalan rapat yang meragui kebolehannya sebagai pelakon.
  • Walaupun pernah dikritik dan disuruh cari kerja lain, Kodi berjaya membuktikan dirinya apabila ditawarkan berlakon oleh pengarah yang sama yang dulu meremehkannya.
  • Kodi juga mendedahkan individu tersebut pernah mengkritik lakonan Que Haidar, dan dia memilih untuk mendoakan kebaikan kepada mereka yang pernah mengecamnya.

Pelakon Kodi Rasheed mendedahkan dia pernah dipandang rendah oleh kenalan rapatnya yang menganggap dirinya tidak layak untuk menjadi seorang pelakon.

 

Menerusi perkongsian di podcast Seram Selebriti Ashhrapp Channel, Kodi bagaimanapun berjaya membuktikan tanggapan individu terhadap dirinya itu salah. 

 

“Kenalan sendiri, dia kata ada casting… dia suruh saya datang. Saya pun pergilah casting itu. Malam balik lepak dengan dia. Masa itu dia dah dalam industri. 

 

“Dia bekerja di belakang tabir. Dia kata saya tak boleh jadi pelakon pun. Saya kenal gila dengan dia. Dia cakap ‘engkau tak boleh jadi pelakon, baik kau cari kerja lain’.

 

“Saya macam tak apa la. Dalam hati saya cakap ‘satu hari nanti mesti kau akan panggil aku’. Setelah masuk industri beberapa tahun, pengarah yang nak Kodi. 

 

“Masa itu dia dah jadi production manager (PM). Pihak dia nak offer saya berlakon. Saya tak kata apa, biar dia fikir,” katanya 

 

Menganggap rezeki bukan di tangan manusia, Kodi juga mendedahkan individu tersebut pernah bercakap buruk mengenai lakonan aktor Que Haidar. 

 

“Sebab rezeki orang bukan di tangan kau. Dengan kereknya, kau pernah kutuk cikgu aku. ‘Que Haidar itu berlakon tak bagus, mula-mula berlakon teruk’.

 

“Dia cakap macam itu. Aku cakap ‘eh engkau ini apa eh’. Dia tak tahu fasal lakonan pun. Dia hanya tahu belakang tabir saja. 

 

“Apa yang saya boleh fikir adalah ‘orang yang bash aku, orang yang tak suka aku, orang yang cakap belakang-belakang aku, aku doakan korang ini gembira sentiasa, dimurahkan rezeki, hidup korang best saja sampai korang tak boleh fikir orang lain punya buruk’,” ujarnya lagi. 

@ashhrapp_channel Cakap pandang pandang #fyp #foryou #ceritahantu #kisahseram #ashhrappchannel ♬ original sound - Ashhrapp Channel

Must-Watch Video

Advertisement