Skip to main content

Hiburan

Kodi Rasheed Syukur, Teruja Malaikat Malam Raih Kutipan RM14 Juta - “Alhamdulillah, Terus Support Filem Lokal”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Pelakon Kodi Rasheed gembira dan bersyukur apabila filem Malaikat Malam mencatat kutipan RM14 juta pada minggu lalu.
  • Kodi akui filem itu tetap mendapat tempat di hati penonton walaupun berdepan pelbagai kritikan dan komen di media sosial.
  • Filem terbitan Viper Studios bersama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks ini berjaya pecah panggung dengan kutipan memberangsangkan.

Pelakon, Kodi Rasheed meluahkan rasa gembira dan syukur apabila filem lakonannya, Malaikat Malam berjaya mencatat kutipan sebanyak RM14 juta pada minggu lalu.

Menurut Kodi, kejayaan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa karya tersebut tetap mendapat tempat di hati penonton meskipun berdepan dengan pelbagai kritikan.

“Alhamdulillah sudah tentu saya gembira. Kutipan ini juga bermaksud filem ini diterima.

“Saya faham ada saja yang tak suka mungkin sebab tak capai espektasi mereka tetapi Alhamdulillah masih ada yang support.

“Apa yang boleh saya katakan ialah terus support filem lokal dan semoga terus mendapat tempat di hati semua,” katanya kepada Gempak.

Bercerita lanjut, Kodi mengakui terkejut namun dalam masa yang sama bersyukur kerana filem tersebut mendapat kutipan yang memberangsangkan.

“Memang terkejut. Masa tayangan awal, bila tengok media sosial, macam-macam komen keluar. Tapi sebagai pelakon, kita faham visi pengarah.

“Pengarah memang nak buat sesuatu yang berbeza. Apa yang penonton tengok itu memang apa yang dia nak hasilkan,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Kodi sekali lagi menzahirkan penghargaan buat semua peminat yang sudah menonton filem Malaikat Malam.

Sekadar info, filem terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM14 juta setakat minggu lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement