Skip to main content

Hiburan

“Komitmen Jadi Gusti Puteri Sangat Tinggi Jadi….” – Aisha Retno Pilih Fokus Teater PGL, Tangguh Pelancaran Album

“Komitmen Jadi Gusti Puteri Sangat Tinggi Jadi….” – Aisha Retno Pilih Fokus Teater PGL,  Tangguh  Pelancaran Album

Sekilas

  • Aisha Retno terpaksa tangguhkan pelancaran bahagian kedua album [Re.Hab] ke November dan Disember kerana komitmen tinggi dengan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Walaupun boleh saja teruskan pelancaran pada September, Aisha pilih untuk elak jadual promosi album bertembung dengan pementasan bagi fokus pada kedua-dua projek.
  • Aisha juga berinteraksi dengan peminat, bertanya tentang tiket pementasan dan lagu kegemaran mereka dari bahagian pertama album [Re.Hab].
Advertisement

Penyanyi Aisha Retno menjelaskan pelancaran bahagian kedua album studio sulungnya, [Re.Hab] terpaksa ditangguhkan ke November dan Disember susulan komitmen tinggi terhadap Puteri Gunung Ledang The Musical.

Penjelasan itu dibuat selepas seorang pengguna Threads bertanyakan mengenai baki lagu daripada album berkenaan yang sebelum ini dijangka dilancarkan pada September.

“Dah 30 September 2026. @aisharetno02 cakap nak release the other half of the songs from this album bulan September,” tulis individu tersebut.

Menjawab persoalan berkenaan, Aisha berkata dia sebenarnya boleh sahaja meneruskan pelancaran seperti dirancang namun enggan jadual promosi album bertembung dengan komitmen pementasan.

“Boleh saja nak release sekarang juga, tapi disebabkan tahun ini ada kejutan tidak dijangka untuk saya iaitu dapat terpilih Puteri Gunung Ledang The Musical.

“Tak nak ter-clash marketing planning dan scheduling sebab nanti tak fokus pada album marketing,” jelasnya.

Menurut Aisha, tanggungjawab membawakan watak Gusti Puteri dalam pementasan tersebut memerlukan komitmen tinggi sehingga memaksanya mengubah perancangan asal.

“Komitmen jadi Gusti Puteri pun sangat tinggi, jadi terpaksa kami undur ke November dan Disember. Stay tuned, okey,” katanya.

Dalam masa sama, Aisha sempat berseloroh dengan peminat dengan bertanyakan sama ada mereka sudah mendapatkan tiket Puteri Gunung Ledang The Musical selain ingin tahu lagu kegemaran daripada [Re.Hab] bahagian pertama.

“Dapat tiket PGL tak? Nak tak? Lepas itu lagu Rehab album part 1 suka yang mana? Ke tak ada suka langsung?” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must Watch Video

Advertisement