Skip to main content

Hiburan

Komposer, Dr. Azmeer Kongsi Sejarah Di Sebalik Judul Lagu Viral ‘Cinta Tersimpul Rapi’, Asalnya Bukan Nama Itu

Astro Gempak 177

Sekilas

  • Komposer Dr. Azmeer mendedahkan tajuk asal lagu "Cinta Tersimpul Rapi" adalah "Cinta Tersimpul Mati".
  • Perubahan tajuk dibuat kerana perkataan "mati" tidak digemari oleh komuniti Cina, menyebabkan syarikat rakaman meminta penukaran.
  • Lirik lagu juga diubah sedikit oleh Luqman S. Abang untuk menyesuaikan dengan tajuk baru yang lebih diterima ramai.
Advertisement

Komposer lagu yang kini kembali menjadi sebutan di TikTok, Cinta Tersimpul Rapi nyanyian Anis Suraya, Dr. Azmeer berkongsi kisah sebenar di sebalik pemilihan judul lagu berkenaan.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd. Azhar Abu Bakar mendedahkan tajuk asal lagu tersebut sebenarnya berbeza daripada yang dikenali hari ini.

Advertisement

“Asalnya, kalau mungkin kamu tak kenal saya, saya Azmeer… Asalnya ‘Cinta Tersimpul Mati’,” katanya.

Bagaimanapun, Azmeer menjelaskan perkataan ‘mati’ dalam judul tersebut menimbulkan kebimbangan pihak tertentu.

“Tetapi kerana perkataan ‘mati’ itu tak digemari oleh bangsa Cina, jadi syarikat rakaman SRC (Suria Records) telefon saya.

“Boleh tak kita tukar? Saya tak suka.

“Saya telefon Luqman S. Abang, tolong tukar kata-kata ‘mati’. Dan title dia tukar, lirik pun diubah sikit jadilah ‘Cinta Tersimpul Rapi’,” jelasnya.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Must Watch Video

Advertisement