Skip to main content

Selebriti

Kongsi Adat Mandi Bunga, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki - “Alhamdulillah, Majlis Mitoni Berjalan Lancar…”

Kongsi Adat Mandi Bunga, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon, Siti Saleha mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi Saleha menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan lancar. Kami akan menimang anak lelaki,” kongsinya.

Selain pengumuman jantina anak, Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 35, turut berkongsi video merakamkan majlis Mitoni atau mandi bunga mengikut adat masyarakat Jawa.

Menerusi majlis sama, suaminya, Joshua Fitton juga dilihat turut menyiram salera dengan air mandian bunga.

 

 Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan bersalin Saleha dipermudahkan.

 

Terdahulu, Saleha mengumumkan sedang berbadan dua dan memasuki trimester ketiga pada Julai lalu.

Saleha dan Joshua mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam majlis tertutup di Janda Baik, Bentong, Pahang

Must-Watch Video

Advertisement