Skip to main content

Hiburan

Kongsi Detik Permulaan Kenal, Isteri Qi Razali Ambil Langkah Berani Mula ‘Confess’ Dulu - “Kita Kena Jadi Perigi Cari Timba”

Qi Razali

Sekilas

  • Wardah Hayati mendedahkan Qi Razali yang mula-mula menghantar mesej perkenalan di Instagram sebelum dia berani meluahkan perasaan.
  • Wardah menasihatkan wanita supaya bersedia menerima apa sahaja jawapan apabila meluahkan perasaan kepada lelaki.
  • Mereka tidak terus bercinta selepas luahan itu, sebaliknya berkawan dahulu sebelum akhirnya berkahwin apabila sudah serasi.

Isteri kepada Qi Razali, Wardah Hayati mendedahkan suaminya yang juga penyanyi dan pelakon itu yang memulakan langkah menghantar mesej perkenalan di laman sosial. 

 

Bagaimanapun, Wardah berkata dia yang mula mengambil langkah berani dengan meluahkan perasaan terhadap pelakon filem Babah itu. 

 

“Kalau ikut permulaan perbualan, Qi yang mulakan… dia yang mesej dulu di Instagram. Saya kadang-kadang berani sangat. Bukan tak tahu malu. 

 

“Orang cakap, kalau lambat nanti tak dapat. Kalau diam, sampai bila pun tak dapat… melepas la. Jadi, kalau luah perasaan, saya dulu la. Kadang-kadang kita kena jadi perigi cari timba,” katanya. 

 

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Wardah turut berpesan pada wanita yang ingin meluahkan perasaan perlu bersiap sedia menerima apa sahaja jawapan daripada lelaki. 

 

“Kena bersiap sedia, benda itu (luah perasaan) akan ada berita baik atau buruk la. Kita sebagai wanita, kita confess dulu dekat lelaki, jangan berangan dulu. 

 

“Cakap dulu suka, dan kena terima apa saja jawapan. Kalau dia kata tak, tak la… tapi kalau dia kata dia suka kau juga, okay la,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Wardah turut mendedahkan mereka tidak bercinta selepas luahan itu sebaliknya Qi memilih untuk berkawan dahulu dan apabila sudah serasi terus mengambil keputusan untuk berkahwin. 

 

“Masa saya confess itu, kita jujur yang kita suka bukan sebagai peminat saja tapi kita dah rasa ada perasaan itu. Mamat itu (Qi) tak ada nak cakap ‘saya pun suka kat awak juga’.

 

“Ambil masa… masa itu dia tak cakap tidak, tak cakap iya. Dia kata macam ‘tak apa kita kenal dulu, kawan dulu. Kalau rasa okay, selesa, boleh pergi jauh, terus jumpa keluarga, terus kahwin’. 

 

“Semudah itu saja. Memang tak mengharap apa-apa, dah letak dalam otak. Jangan nak kecewa kalau kena reject. Lepas confess masih boleh kawan,” katanya lagi. 


Sumber - TikTok

Must-Watch Video

Advertisement