Pempengaruh, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambar percutiannya di Dubai baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, adik kepada pengacara dan pelakon, Neelofa itu difahamkan berkongsi beberapa keping gambar termasuk gambar sosok seorang lelaki.
Perkongsian tersebut pantas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya dan rata-rata netizen mula menganggap pempengaruh itu mungkin sudah bertemu pengganti kepada bekas teman lelakinya, Jefri Nichol.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang memberi bayangan Ameera kini sedang bercinta dengan seorang kerabat diraja.
Terdahulu, Ameera Khan didakwa sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa dengan kekasihnya yang juga merupakan pelakon tampan Indonesia, Jefri Nichol.
Dakwaan itu dikuatkan selepas melihat pasangan itu tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan gambar mesra mereka juga sudah pun dipadam di akaun Instagram masing-masing.
Sekadar info, pasangan ini dilaporkan pernah bercinta namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.