Skip to main content

Hiburan

Kongsi Insiden Memalukan, Adam Lee Tak Marah Tapi Nak Membebel - “Benda Ini Selalu Jadi Dekat Aku…”

Adam Lee

Sekilas

  • Pelakon Adam Lee berkongsi pengalaman dipalau selepas memberikan senyuman ikhlas kepada orang yang memandangnya.
  • Dia menjelaskan situasi ini sering berlaku dan ia adalah naluri manusia apabila pasangan di hadapannya menunjukkan reaksi tidak mesra.
  • Adam menegaskan dia tidak marah dan sentiasa terbuka untuk bertegur sapa secara baik jika berjumpa secara langsung.

Pelakon Adam Lee berkongsi momen yang dianggap memalukan apabila dirinya ‘dipalau’ selepas memberikan senyuman kepada orang yang memandangnya. 

 

Menerusi video yang dikongsikan di Instastory, suami kepada aktres Sweet Qismina ini memberitahu situasi tersebut kerap berlaku kepada dirinya. 

 

“Aku memang tak marah langsung cuma aku nak membebel. Kepada semua followers aku yang mana follow aku, yang tak follow tapi stalk ig story aku, tak pernah jumpa depan-depan, aku tak marah tapi aku nak membebel. 

 

“Benda ini selalu jadi dekat aku. Situasi dia bila aku berada di tengah, ada orang contoh partner berdua… dia tengah aku, aku tengok dia. Tiba-tiba dia terus bercakap ‘tut… tut… tut’.

 

“Ini naluri seorang manusia, aku dah tahu dah… tak ada orang lain, atau aku dengan bini aku. Bila aku pandang dan beri senyuman paling ikhlas, kemudian dia pandang dan palau, buat muka sombong… muka macam tak kenal. 

 

“Aku macam ‘wey tolonglah jangan malukan saya. Saya terasa malu tau’. Aib tak baik tau,” kongsi Adam. 

 

Pada perkongsian video lain, Adam berkata dia berasa yakin individu tersebut bertindak demikian terhadap dirinya memandangkan setiap orang mempunyai naluri. 

 

“Mungkin orang cakap ‘eleh Adam, tak payah nak perasan artis, poyo, bajet la, mungkin dia bukan cakap fasal kau’. No, sebab itu aku cakap itu naluri seorang manusia.

 

“Dah terang-terangan. Aku okay, nak pandang sebab memang aku public figure, pandang saja. Aku tak marah, tak makan orang. Aku takkan, kau nak pandang tiba-tiba aku terus nak pukul.

 

“Aku okay saja. Kepada yang tengok video ini, tegur saja… mungkin muka nampak macam aku tak senyum, tapi aku senyum tau, aku sayang semua… jumpa depan-depan okay saja,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement