Skip to main content

Hiburan

Kongsi Kisah ‘Rider’ Makanan Berdepan Ujian Rumah Tangga, Zizi Kirana Akui Terkejut Terima Soalan ‘Cepumas’ - “Korang Memang Takkan Expect…”

IMG 4634

Sekilas

  • Zizi Kirana berkongsi pengalaman mengejutkan apabila seorang penghantar makanan bertanya cara memujuk isteri yang sedang diuji rumah tangga dengan kehadiran pihak ketiga.
  • Dia menasihati lelaki tersebut untuk tenangkan hati, banyakkan doa, dan membaca Surah Al-Insyirah sebagai sumber kekuatan dan harapan.
  • Zizi mengakui situasi itu membuatkan dia rasa kekok kerana ini kali pertama menerima luahan peribadi daripada orang yang tidak dikenali.

Penyanyi Zizi Kirana berkongsi cerita mengenai seorang penghantar makanan yang secara tiba-tiba bertanyakan kepadanya mengenai cara memujuk isteri.


 

Menerusi perkongsian di Threads, Zizi mengakui dia berasa terkejut dan tidak menjangkakan pertanyaan individu tersebut.


 

“Aku order GrabFood. Rider sampai, bagi makanan macam biasa. Dia minta maaf sebab lambat sikit. Aku cakap, ‘tak apa Encik, okay je… terima kasih’. Aku ingat dia terus gerak.


 

“Tapi dia patah balik. Tiba-tiba dia tanya, ‘Akak… macam mana nak pujuk isteri ya?’😩 Aku terkejut… serius tak sangka langsung. Lepas tu bila ‘Encik’ tu cerita sikit kenapa dia tanya, dan dia tengah buntu gila,” kongsinya.


 

Zizi memberitahu individu tersebut sedang berdepan masalah apabila rumah tangganya diuji dengan kehadiran pihak ketiga.


 

Dalam pada itu, bekas isteri kepada aktor Yusuf Bahrin ini menitipkan pesanan kepada individu berkenaan dengan memintanya untuk tenangkan hati dan memperbanyakkan berdoa kepada Allah.


 

“Korang memang takkan expect wey. Rumah tangga dia diuji dengan kehadiran pihak ketiga. Lepas dengar tu aku terus diam. Sebab itu urusan mereka. Dia keliru, penat, tapi masih cuba nak selamatkan. Encik tu nampak dalam lingkungan 30-an.


 

“Aku cuma pesan… tenangkan hati, banyakkan doa, dan minta pada Allah dengan penuh yakin. Baca  Surah Al-Insyirah. Surah tu Allah dah janji, setiap kesusahan pasti ada jalan keluar. 🥺


 

“Semoga Allah sembuhkan dan gantikan luka dengan ketenangan yang tak mampu manusia beri. 🤍 Wallahu a‘lam,” katanya.


 

Sementara itu, Zizi turut memberitahu dia tidak boleh berkongsi lebih lanjut namun mengakui situasi tersebut membuatkan dirinya berasa kekok memandangkan ia pertama kali berlaku dalam hidupnya.


 

“Maaf sebab tak boleh cerita details. Cuma jujur, aku agak terkejut dan awkward sebab ini kali pertama aku berborak dengan orang yang aku tak kenal tiba-tiba luahkan hal macam ni.


 

“Aku tak biasa dalam situasi macam ni. Tapi aku yakin Encik tu memang tengah dalam keadaan yang susah sampai boleh terluah dekat orang luar macam aku.


 

“Apalagi bila dia cakap ‘saya kerja buat grab je kak’... sayu tapi Alhamdulillah dia masih usaha cari rezeki halal utk family dia. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk dia,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement