Skip to main content

Hiburan

Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan ‘Influencer’, Chacha Maembong Tegur Sikap Tak Profesional Ketika Bekerja - “Pengarah Tengah Brief, Dia Main…”

ASTROGEMPAK Chacha Maembong

Sekilas

  • Chacha Maembong kongsi pengalaman berdepan pelakon influencer yang kurang disiplin dan tidak serius di set penggambaran.
  • Dia tekankan pentingnya menghormati masa, pengarah, dan kru produksi demi kelancaran kerja.
  • Walaupun ada cabaran, Chacha akui masih ramai pelakon yang komited dan beri kerjasama baik sepanjang penggambaran.

Pelakon Chacha Maembong berkongsi pengalaman berhadapan dengan pelakon yang juga seorang ‘influencer’ mempunyai masalah disiplin di set penggambaran. 

 

Sebagai seorang pelakon yang mengamalkan method acting, dia sering membawa pelbagai karakter mengikut situasi sama ada di set, acara mahupun dalam kehidupan seharian.

 

“Saya ada beberapa karakter… bila saya dekat event lain, dekat set lain, di rumah lain, dengan kawan lain. Saya adalah seorang pelakon yang method. 

 

“Jadi, bila saya guna method acting, saya mengharapkan siapa yang berlakon dengan saya tu dapat memberikan apa yang saya bagi,” katanya menerusi podcast Sembang Ohh Yeahh. 

 

Namun, dia mengakui berdepan cabaran apabila ada segelintir pelakon yang tidak memberikan komitmen sama, malah menganggap lakonan sebagai sesuatu yang mudah.

 

Dalam masa sama, Chacha turut menegaskan sikap lewat ke set adalah perkara yang paling tidak disukainya kerana baginya masa amat berharga.

 

“Saya punya isu ialah, ada yang datang dengan in character. Aku influencer… aku pelakon, berlakon ni ala-ala biasa saja. Saya paling pantang bila orang cakap, ‘alah berlakon je, semua orang boleh berlakon’. Are you sure? 

 

“Ada datang lambat. Okay, saya satu je paling pantang, lambat. For me, time is everything. Jadi, bila dah datang lambat, you tak ada, say sorry, there's nothing,” kongsinya. 

 

Dia turut berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran dalam keadaan mencabar, termasuk perlu melakonkan babak emosi dalam cuaca panas, namun ada pihak yang tidak memberi fokus.

 

“Ada satu masa itu, kita shooting di kawasan luar, memang sangat panas. Saya pula pakai dress kembang, sebab nak buat babak pembukaan. Babak itu pula saya kena menangis dan kena buat one take saja. 

 

“Pengarah tengah brief, semua orang tengah fokus tapi dia tak fokus. Dia boleh main handphone dan dia macam, ‘eh, korang cuba tengok kita orang shoot kat mana ni’. 

 

“Macam dia lagi fokus dekat dunia sosial media daripada sekarang. Dah la panas gila, aku nak kena menangis dengan pakai tudung. Saya macam, ‘boleh fokus tak, director kat sini?’,” katanya. 

 

Tambah adik kepada pelakon Emma Maembong ini lagi, setiap individu di set perlu menghormati peranan pengarah dan kru produksi yang bertungkus-lumus menjayakan sesebuah naskhah.

 

“One thing dekat set you kena respect director. Okay, director adalah buat cerita. Director, DOP, AD, and krew-krew. Sebab krew-krew ni semua penat tau. End of the day, bukan crew yang popular, kau yang popular. So, you have to focus la,” ujarnya. 

 

Malah, dia pernah hampir berputus asa apabila berdepan situasi pelakon yang tidak bersedia sehingga mengganggu kelancaran penggambaran.

 

“Pernah satu tahap, saya nak balik… dah siap kemas barang, dah masuk kereta. Awak rasa berlakon senang? Tak senang ya. Tengah babak menangis, dia boleh lupa dialog” katanya lagi. 


Bagaimanapun, Chacha mengakui masih ramai pelakon yang komited dan memberikan kerjasama baik sepanjang penggambaran.

 

“Ada yang bagus. Yang bagus memang sangat bagus,” katanya.

@podcastsembangohhyeahh Nasihat @ChaCha Maembong buat influencer yang cuba dalam bidang lakonan ! Video penuh di YT Sembang Ohh Yeahh #podcastclips #fypviral #SembangOhhYeahh #podcastmalaysia ♬ A tense suspense piece on the piano(1270072) - illmatic studio

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Must-Watch Video

Advertisement