Skip to main content

Hiburan

Kongsi Pengalaman Jalani Penggambaran Filem Kacau, Sadiq Akui Karakter ‘Fiq’ Mencabar - “Sebab Ini Bukan Watak Yang Ringan…”

Sadiq

Sekilas

  • Pelakon Sadiq M. Jamil mengakui watak dalam filem Kacau adalah antara yang paling mencabar sepanjang kerjayanya.
  • Walaupun tajuk filem bermaksud 'kacau', Sadiq tidak mengalami sebarang gangguan pelik sepanjang penggambaran.
  • Watak kali ini sangat berbeza dan intens, memerlukan Sadiq mengikuti kelas khas selama 14 hari untuk memahami psikologi karakter tersebut.

Pelakon Sadiq M. Jamil mengakui watak yang dibawanya dalam filem Kacau antara karakter paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan.

 

Menurut Sadiq, walaupun judul filem itu sendiri membawa maksud ‘kacau’, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang gangguan pelik sepanjang tempoh penggambaran. 

 

“Alhamdulillah sepanjang menjalani penggambaran filem Kacau, saya tak pernah ‘dikacau’. Tetapi dalam filem ini banyak dikacau. Sepanjang shooting rasanya dah menggunakan pelbagai kudrat dah. 

 

“Dah menjerit, dah hilang suara. Tapi Alhamdulillah belum dikacau lagi. So far so good lah. Okey lagi dan masih penuh semangat untuk menghabiskan kerja,” katanya kepada Gempak. 

 

Mengulas lanjut, Sadiq berkata watak yang dibawanya kali ini sangat berbeza daripada imej ceria dan ‘happy go lucky’ yang sering dipaparkan sebelum ini.

 

“Untuk karakter saya dalam filem ini of course memerlukan persediaan yang panjang kan. Sebab ni bukan watak yang ringan yang macam selalunya kalau korang tengok saya bawa watak happy go lucky dan gelak-gelak. 

 

“Tapi ni watak yang sangat intense yang menyebabkan saya ada masuk kelas yang production sediakan dengan abang Wansepanjang 14 hari dan kat situ saya dapat belajar lebih in detail untuk karakter ini. 

 

“Dapat tahu backstory dia, kita orang sama-sama buat backstory, cari reference sama-sama. Saya menyedari dia punya psychology untuk karakter ni sangat berat untuk saya bawa sebenarnya,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement