Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian netizen selepas berkongsi swafoto dari acara MotoGP yang menonjolkan jam tangan mewahnya.
- Jam tangan yang dipakai Siti mendapat pujian kerana tampil "flex" tanpa menunjuk-nunjuk, menyebabkan ramai terkejut dengan harganya.
- Netizen berkongsi reaksi mereka yang terkejut dan terus membuat carian harga jam tersebut, membandingkannya dengan harga rumah dan kereta di Malaysia.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sekeping swafoto sebaik sahaja selesai menjalankan tugas di acara MotoGP.
Bagaimanapun, bukan sahaja penampilan penyanyi kesayangan ramai itu yang menjadi perhatian, sebaliknya jam tangan yang dipakainya turut mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.
"Tertarik dengan jam Kak Iti. Sekali periksa, wow!
"Dia flex macam itu sahaja. Tak adalah menunjuk-nunjuk," tulis individu berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui terkejut selepas mengetahui harga aksesori berkenaan, malah ada yang mengakui terus membuat carian sebaik melihat perkongsian tersebut.
"Hahaha sama. Tadi nampak hantaran ini terus periksa harga. Hemm, termenung sekejap. Siap tanya ChatGPT juga, ChatGPT pun terkejut.
"Datuk CT ini satu-satunya artis yang tak pernah spill pakaian dan aksesori dia. Tercampak semua kalau tengok beg sahaja. Love Datuk.
"Dia tak tunjuk pun, sebelum ini memang orang dah teropong. Alang-alang orang tahu, dia tak selindung dah.
"Cantik, harga pun cantik!
"Satu jam, harga sebuah rumah.
"Harga jam seketul boleh beli sebiji rumah PR1MA dan kereta Axia Rahmah secara tunai," komen netizen.