Perkongsian video di TikTok memperlihatkan penyanyi Talita mencium pipi Allahyarham ibunya yang juga penyanyi Siti Sarah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian itu, Talita atau nama sebenarnya Dzakira Talita Zahra berkata dia kini sudah menjadi seorang penyanyi.
“Ibu, Tata dah jadi penyanyi,” tulisnya secara ringkas.
Rata-rata wargamaya turut berasa sebak melihat perkongsian tersebut dan berharap anak kepada pelawak Shuib itu dapat meneruskan legasi ibunya sebagai seorang penyanyi.
“Tata kene ganti tempat ibu Tata ok? Suara Tata kan sedap.
“Stay strong yee my bestie, semoga Tata jadi anak yang baik, dan jadi penyanyi yang hebat macam arwah ibu Tata aminnn.
“Stay strong Tataa, satu Malaysiaa tahu yang awak hebat + kuat,, kitorang selalu ada belakang awak Tata,” komen beberapa wargamaya.
Apa yang buat wargamaya lagi sebak apabila Shuib turut meninggalkan komen meluahkan rasa sayangnya terhadap anak perempuannya itu.
“I love you Tata,” tulis Shuib.
ibuu , tata da jadi penyanyii !