Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menarik perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video memaparkan ibunya menari bersama personaliti media sosial, Leona.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mengenai versi anak yang ibunya mahukan.
“Dalam hidup lain, mungkin saya akan jadi anak perempuan seperti yang dia impikan.Tapi buat masa sekarang, saya pilih untuk melindunginya,” tulis Cik B.
Meskipun itu adalah fikiran spontan Cik B namun kapsyen itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menghantar kata-kata semangat buatnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegaskan bahawa Cik B sudah cukup baik sebagai anak dan tidak perlu merasa kurang.


