Skip to main content

Budaya Popular

Kononnya Boleh Makbulkan Hajat Manusia, Ini 3 Kisah Makhluk Ghaib Paling Famous Dalam Budaya Melayu

fsdfs

Sejak dahulu lagi, kepercayaan terhadap makhluk ghaib yang mampu memakbulkan hajat manusia menjadi antara mitos paling menarik dalam budaya masyarakat Melayu.

Walaupun dianggap sekadar cerita rakyat, kisah-kisah seperti Ulek Mayang, Hantu Raya dan Orang Minyak terus hidup dalam ingatan generasi hingga ke hari ini.

Advertisement

1. Ulek Mayang – Permintaan Yang Dibayar Dengan Nyawa

Mitos Ulek Mayang berasal dari pantai timur, mengisahkan tentang semangat laut yang mampu memenuhi hajat manusia,  tetapi dengan harga yang mahal.

Menurut cerita, lagu Ulek Mayang digunakan oleh bomoh atau pawang untuk memanggil roh laut bagi menghidupkan semula seseorang yang hampir mati lemas.

Namun, ada yang mempercayai bahawa roh itu menuntut “bayaran”, biasanya dalam bentuk nyawa atau jiwa manusia sebagai balasan atas pertolongan yang diberi.

Sebab itu, masyarakat dahulu dilarang menyanyikan lagu Ulek Mayang sesuka hatu bimbang akan ‘mengundang’ sesuatu yang tidak diundang.

2. Hantu Raya – Jin Pelayan Yang Menuntut Balasan

Dalam mitos lama, Hantu Raya sering dikaitkan dengan individu yang menuntut ilmu hitam untuk mendapatkan kekuatan, kekayaan, atau pengaruh.

Makhluk ini dikatakan mampu membantu tuannya melakukan kerja berat atau melindungi daripada musuh.

Namun, pertolongan itu bukan percuma, Hantu Raya menuntut penjagaan dan makanan khusus seperti darah atau daging mentah.

Jika diabaikan, ia dipercayai akan ‘makan’ tuannya sendiri atau ahli keluarga terdekat sebagai ganti.

3. Orang Minyak – Perjanjian Gelap Demi Keinginan Duniawi

Kisah Orang Minyak pula dikaitkan dengan manusia yang membuat perjanjian dengan jin bagi memenuhi keinginan duniawi, kebal, kaya atau berkuasa.

Sebagai balasan, individu itu perlu melakukan perkara terkutuk seperti mencuri kesucian wanita atau menyebar ketakutan dalam masyarakat.

Tubuh mereka yang dilumuri minyak hitam dikatakan bertujuan untuk menyembunyikan identiti dan menambah kekuatan luar biasa.

Namun, mereka akhirnya menerima akibat, hidup diburu, terkutuk dan tidak tenang.

Walaupun sukar dibuktikan secara saintifik, kisah-kisah ini berfungsi sebagai peringatan masyarakat agar tidak mencari jalan pintas untuk mencapai hajat, apatah lagi dengan bantuan makhluk ghaib.

Kerana dalam setiap perjanjian gelap, ada harga yang perlu dibayar, dan selalunya, ia lebih besar daripada yang disangka.

Must-Watch Video

Advertisement