Skip to main content

Hiburan

‘Konsert Countdown Kita 2026’ Astro Satukan Artis Pelbagai Bangsa Raikan Tahun Baharu

Konsert Kita

Syarikat hiburan dan penyiaran terkemuka negara, Astro, kembali dengan penganjuran konsert hujung tahun yang dinanti-nantikan, ‘Konsert Countdown KITA 2026’, seperti yang diumumkan di rakaman program popular MeleTOP hari ini.

Meneruskan kejayaan luar biasa tahun lalu yang telah menarik lebih daripada 30,000 penonton di lokasi serta mencatat lebih 18 juta tontonan di platform media sosial, konsert ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara kiraan detik tahun baharu paling ikonik dalam sejarah hiburan tanah air.

Tahun ini, konsert berprestij tersebut menjanjikan malam penuh gemilang dengan persembahan daripada barisan artis ternama tempatan yang bakal menghiburkan bagi menutup tirai 2025 dan menyambut kehadiran tahun baharu dengan semangat serta aspirasi baharu.

Selaras dengan semangat “KITA”, konsert ini meraikan keindahan kepelbagaian Malaysia, bagaimana setiap persembahan, rentak dan suara membawa cerita, identiti serta aspirasi rakyat Malaysia.

Di pentas ini, muzik menjadi jambatan penyatuan, menghimpunkan kita untuk melangkah ke tahun baharu dengan penuh optimisme, kebersamaan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 

Konsert tahun ini bakal menampilkan barisan artis terkemuka merentasi genre dan generasi, menjanjikan persembahan yang energik, penuh jiwa dan menyentuh hati.

Antara artis yang bakal memeriahkan pentas ‘Konsert Countdown KITA 2026’ termasuk Ella, Alleycates, Faizal Tahir, Amir Masdi, Hael Husaini, Nadeera, ALPHA, Mimi Fly, Darkkey, Ruhan (juara Big Stage Tamil), Geraldine Gan, Nicole Lai, Zuvy, Jun Jun, Auddra, Rayme dan ramai lagi. “Tahun lalu, konsert countdown kami menerima sambutan luar biasa.

Tahun ini, kami memperluaskan barisan artis untuk pengalaman yang lebih meriah dan inklusif, seiring tema KITA sebagai simbol kebersamaan.


Mengambil kira situasi banjir yang sedang melanda negara, Astro turut menyeru para penonton untuk bersama-sama menyumbang kepada keluarga mangsa melalui Bantuan Bencana Banjir Astro Kasih. ‘Konsert Countdown KITA 2026’ bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, tetapi juga simbol perpaduan serta kreativiti anak seni tempatan yang bersatu untuk membawa semangat kebersamaan.

Kami teruja menutup tirai tahun ini dengan persembahan yang menginspirasi kegembiraan, perpaduan dan permulaan baharu untuk semua,” kata Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Kandungan GenNext, Astro.

Astro, sekali lagi berbesar hati menjalin kerjasama dengan IOI City Mall Putrajaya sebagai penaja utama dan rakan lokasi rasmi, serta Hotel Moxy Putrajaya sebagai hotel rasmi pada hari tersebut. 

Maklumat lanjut mengenai ‘Konsert Countdown KITA 2026’ adalah seperti yang tertera di bawah:



Sebagai usaha memeriahkan ‘Konsert Countdown KITA 2026’, Astro menganjurkan aktiviti pra-acara eksklusif ‘Hello Putrajaya’ di IOI City Mall Putrajaya.

Acara ini menghimpunkan barisan selebriti daripada program-program popular Astro seperti Elite, Mendua, Mark Adam, Nubhan, Iskandar Ismail, Ruri Repvblik (Gegar Vaganza 12); Naqiu, Iaman dan Saputra (The Chosen One XTRA); Mazleen (Juara Kilauan Emas 2025); Auddra, Sharifah Shahira, Amad dan Siti Sairah (Talk To My Manager); ALPHA (Big Stage Alpha); Zuana (Raise The Star Malaysia); Alvin Chong dan Nicole Lai (Astro Star Quest); V-Haara (Attam), dan ramai lagi. 

Showcase ini dianjurkan untuk menghargai peminat dengan memberikan pengalaman lebih dekat melalui persembahan, interaksi dan aktiviti menarik, termasuk penampilan awal artis yang bakal mewarnai ‘Konsert Countdown KITA 2026’.

‘Hello Putrajaya’ turut berkolaborasi dengan VIU yang menampilkan sesi meet & greet drama hit ‘Satu, Dua… Dia?’ bersama barisan pelakon utama, eksklusif untuk pelanggan Astro melalui Astro Rewards.

Acara ini berlangsung pada 6 Disember 2025 (Sabtu), jam 2.00 petang di Symphony East 3, Aras G, IOI City Mall Putrajaya sebagai pemanas suasana menjelang malam ‘Konsert Countdown KITA 2026’.

Must-Watch Video

Advertisement