Skip to main content

Hiburan

Konsert Jelajah CHEN ‘Arcadia’ Singgah Di Kuala Lumpur Pada Mac, Hanya 2,000 Tempat Duduk Tersedia

Chen

Sekilas

  • CHEN, vokalis K-pop terkenal, akan mengadakan konsert jelajah ‘Arcadia’ di ZEPP Kuala Lumpur untuk satu malam sahaja sebagai persinggahan terakhir jelajah globalnya.
  • Konsert ini menawarkan pengalaman emosi dan visual yang memukau dengan gabungan lagu balada ikonik, lagu solo popular, dan OST K-drama seperti ‘Beautiful Goodbye’ dan ‘Best Luck’.
  • Acara ini bersifat intim dengan kapasiti terhad sebanyak 2,000 tempat duduk, memberikan peluang eksklusif kepada peminat untuk menikmati persembahan CHEN secara dekat.

EXO-Ls, siap sedia untuk terpukau apabila CHEN, salah seorang vokalis K-pop paling berkuasa dan penuh emosi, membawa jelajah yang dinanti-nantikan, ‘Arcadia’ ke ZEPP Kuala Lumpur untuk pengalaman konsert satu malam sahaja.


 

Sebelum terbang ke Kuala Lumpur, CHEN akan membuat persembahan di Taipei,

Yokohama, Jakarta, Manila dan Macau sebagai sebahagian daripada jelajah 2026 beliau.

 

Kuala Lumpur adalah persinggahan terakhir untuk konsert jelajah global ini. ‘Arcadia’ adalah

sebuah persembahan yang direka untuk menyampaikan pengalaman langsung yang sarat

emosi dan visual yang memukau. 

 

Peminat boleh menjangkakan gabungan balada ikonik CHEN, lagu-lagu yang menjadi siulan peminat, serta lagu-lagu yang diberi sentuhan

istimewa yang menyerlahkan keindahan seni dan vokal bertaraf dunia beliau.

 

Dikenali dengan suara penuh jiwa dan penceritaan emosi, CHEN (Kim Jong-dae) menjadi

antara solois K-pop paling dihormati. Jelajah Arcadia menjanjikan konsert yang sangat

imersif, lengkap dengan visual LED sinematik, pencahayaan dinamik, dan kejelasan akustik

yang tinggi, menjadikan setiap lagu sebagai satu perjalanan emosi yang dekat di hati.

 

Peminat juga akan disajikan dengan persembahan eksklusif lagu-lagu solo paling digemari

serta OST K-drama ikonik seperti Beautiful Goodbye’ dan ‘Best Luck’.

 

Acara eksklusif ini menawarkan pengalaman konsert yang intim dengan kapasiti terhad.

Hanya 2,000 tempat duduk tersedia. Jadi siapa cepat, dia dapat! Inilah masanya untuk

peminat menyaksikan kekuatan emosi dan kehadiran pentas CHEN dari jarak dekat.

 

“Kami amat teruja untuk membawa jelajah <Arcadia> CHEN ke Kuala Lumpur. Ia sebuah konsert yang benar-benar menggabungkan seni, emosi dan produksi bertaraf dunia. 

 

“Suara dan kehadiran pentas CHEN telah mengusik jutaan peminat di seluruh dunia, dan persembahan ini adalah peluang yang sangat jarang untuk merasai hubungan itu secara langsung. Ia lebih daripada sekadar konsert — ia adalah satu perjalanan emosi,” ujar Ketua Pegawai Operasi pasukan penganjur, Hans Kim. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement