Skip to main content

Hiburan

Konsert Kelate Ke KL 2026 Buka Pentas Lebih Besar Buat Anak Seni Kelantan - “Penyanyi Wanita Sukar Cari Makan Di…”

Astro Gempak

Sekilas

  • Konsert Kelate Ke KL 2026 menjadi platform penting untuk penyanyi wanita Kelantan yang sukar membuat persembahan di negeri sendiri, dengan membawa mereka ke Kuala Lumpur.
  • Pengarah projek, Ayob Abd. Majid, berkata penyanyi Kelantan kini semakin mendapat jemputan persembahan di seluruh Malaysia, termasuk sambutan hangat di Johor Bahru baru-baru ini.
  • Konsert yang berlangsung pada 29 Ogos di Zepp Kuala Lumpur menampilkan barisan penyanyi popular Kelantan seperti Rosalinda, Adiek Waniey, dan lain-lain.
Advertisement

Konsert Kelate Ke KL 2026 bukan sekadar menghimpunkan penyanyi popular dari Pantai Timur, malah menjadi platform membuka peluang lebih luas buat penyanyi wanita Kelantan yang berdepan kekangan untuk membuat persembahan di negeri sendiri.

Pengarah Projek Konsert Kelate Ke KL 2026, Ayob Abd. Majid berkata, keadaan itu mendorong pihaknya membawa bakat-bakat dari Kelantan ke Kuala Lumpur agar mereka dapat terus mengembangkan kerjaya seni.

Advertisement

“Kita jarang dapat membawa artis wanita membuat persembahan di Kelantan. Malah, artis wanita dari Kelantan sendiri pun tidak dapat membuat persembahan di negeri sendiri.

“Jadi, saya rasa saya perlu membawa mereka keluar untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur, bukan sahaja untuk rakyat Kelantan, tetapi juga rakyat Malaysia secara amnya.

“Alhamdulillah, mereka memberikan respons yang baik kerana percaya bakat mereka perlu dikembangkan ke luar Kelantan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Kelate Ke KL 2026 di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Advertisement

Menurut Ayob yang juga Presiden Konsortium Industri Rakaman Music Malaysia (IRAMA), barisan penyanyi dari Kelantan kini mula menerima lebih banyak jemputan persembahan di seluruh negara.

“Hari ini kita boleh lihat mereka sudah mula menerima jemputan daripada penganjur dan menjelajah ke seluruh Malaysia.

“Persembahan mereka di pusat beli-belah Angsana, Johor Bahru baru-baru ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga sesak,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Adiek Waniey mengakui peluang menjayakan konsert tersebut amat bermakna memandangkan kerjaya sebagai penyanyi di Kelantan bukan sesuatu yang mudah.

“Saya rasa bangga kerana dapat membuat persembahan di Kuala Lumpur. Di Kelantan memang agak sukar untuk mencari makan melalui bidang nyanyian.

“Saya juga rasa berdebar. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi peluang kepada saya untuk membuat persembahan pada 29 Ogos nanti,” katanya.

Bagi penyanyi Rosalinda pula, peluang beraksi di pentas Zepp Kuala Lumpur dianggap satu penghargaan besar buat dirinya.

“Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang ini. Terima kasih banyak-banyak kerana di Kelantan, penyanyi wanita hanya boleh membuat persembahan di majlis kenduri kahwin atau di tempat-tempat tertutup.

“Persembahan itu juga hanya untuk penonton wanita, bukan lelaki. Jadi, Alhamdulillah saya diberi peluang untuk membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Konsert Kelate Ke KL 2026 bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini dengan menampilkan barisan penyanyi popular dari Kelantan seperti Eda Ezrin, Den Manjo, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement