Skip to main content

Hiburan

Konsert Kelate KL 2026 Ditangguhkan, Tarikh Baharu Akan Diumumkan

Konsert Kelate KL 2026 Ditangguhkan, Tarikh Baharu Akan Diumumkan

Sekilas

  • Konsert Kelate KL 2026 yang dijadualkan pada 29 Ogos di Zepp Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
  • Penganjur akan mengumumkan tarikh baru selepas proses penyelarasan selesai dan menyediakan proses pemulangan wang untuk pemegang tiket yang sudah membeli melalui Ilasso.
  • Konsert ini bertujuan meraikan muzik, budaya, dan identiti Kelantan dengan elemen warisan seperti Dikir Barat dan Wayang Kulit.
Advertisement

Konsert Kelate KL 2026 yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Natriya Enterprise selaku penganjur utama memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan serta penyelarasan lanjut bagi memastikan kelancaran acara.

Advertisement

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan serta memerlukan pertimbangan dan penyelarasan lanjut bagi memastikan keseluruhan perjalanan acara dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“Pihak penganjur memahami bahawa penangguhan ini mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan awal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Penganjur turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku selain menghargai kesabaran dan sokongan peminat terhadap konsert tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, tarikh baharu Konsert Kelate KL 2026 masih belum ditetapkan dan hanya akan diumumkan selepas segala proses penyelarasan dimuktamadkan.

Bagi peminat yang sudah membeli tiket menerusi platform Ilasso, pihak penganjur akan menyediakan proses pemulangan wang.

“Maklumat lanjut berhubung proses ‘refund’ termasuk kaedah dan tempoh pemulangan wang akan diumumkan melalui saluran rasmi penganjur dan platform tiket Ilasso dalam masa terdekat.

“Pemegang tiket dinasihatkan menyimpan bukti pembelian, nombor pesanan dan maklumat tiket masing-masing bagi melancarkan proses tersebut,” jelas kenyataan berkenaan.

Konsert Kelate KL 2026 diwujudkan sebagai platform meraikan muzik, budaya dan identiti Kelantan di ibu negara menerusi konsep ‘Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate’.

Selain persembahan muzik, konsert tersebut turut mengetengahkan elemen warisan negeri berkenaan termasuk Dikir Barat dan Wayang Kulit.

Pihak penganjur percaya penangguhan merupakan langkah terbaik bagi membolehkan segala perancangan disusun semula sebelum konsert diteruskan pada tarikh baharu.

Anda mungkin berminat dengan

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement