Skip to main content

Hiburan

Konsert My Chemical Romance Ditangguh Ke November 2026, Stadium Nasional Bukit Jalil Kekal Sebagai ‘Venue’

My Chemical Romance

Sekilas

  • Konsert My Chemical Romance yang asalnya dijadualkan pada 30 April dan 1 Mei tahun hadapan telah ditangguhkan ke 19 dan 20 November tahun sama.
  • Semua tiket yang dibeli untuk tarikh asal masih sah dan boleh digunakan untuk tarikh baru di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Penganjur menjelaskan penukaran tarikh selari dengan trend industri muzik global yang mengutamakan hujung tahun untuk konsert besar.
Advertisement

Konsert kumpulan rock terkenal antarabangsa, My Chemical Romance yang dijadualkan berlangsung pada 30 April dan 1 Mei tahun hadapan telah ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 19 dan 20 November tahun hadapan.

Perkara itu diumumkan sendiri My Chemical Romance menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Advertisement

Walau bagaimanapun, Hello Universe Malaysia selaku pihak penganjur memberi jaminan bahawa semua tiket yang telah dibeli untuk tarikh asal tetap sah dan boleh digunakan sepenuhnya untuk tarikh terkini.

Bukan itu sahaja, konsert yang dijadualkan akan berlangsung selama dua malam itu turut mengekalkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebab lokasi konsert sekaligus menjadi lokasi terbesar di Asia Tenggara.

Tambah mereka, penukaran tarikh kepada bulan November dilihat selari dengan landskap industri muzik global yang menjadikan hujung tahun sebagai tempoh ideal untuk konsert berskala besar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan maklum balas positif dengan keputusan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement