Skip to main content

Hiburan

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Di Kuala Lumpur Dibatalkan, Penganjur Mohon Maaf

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Di Kuala Lumpur Dibatalkan, Penganjur Mohon Maaf

Sekilas

  • Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadualkan pada 19 September di Stadium Hoki Bukit Jalil terpaksa dibatalkan kerana kendala teknikal dalaman dan keadaan semasa.
  • Penganjur, DHYAH Production dan Infinity Love Creative Ventures memohon maaf kepada peminat, penaja, dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan ini.
  • Semua pembeli tiket akan dihubungi melalui e-mel untuk proses pemulangan wang melalui platform myticket.asia dan dinasihatkan menyimpan bukti pembelian.
Advertisement

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 19 September depan terpaksa dibatalkan.

Penganjur, DHYAH Production dengan kerjasama Infinity Love Creative Ventures memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan kendala teknikal dalaman serta keadaan semasa yang tidak memungkinkan konsert berkenaan diteruskan seperti dirancang.

Wakil penganjur, Mahbub Dermawan berkata, pihaknya amat kesal dengan pembatalan tersebut selain memohon maaf kepada peminat, penaja, pihak pengurusan Radja serta semua pihak yang telah memberikan sokongan.

“Kami memahami kekecewaan para peminat yang telah menantikan kehadiran Radja di Kuala Lumpur.

“Keputusan ini dibuat dengan penuh berat hati dan setelah mengambil kira pelbagai aspek berkaitan penganjuran. Kami amat menghargai segala sokongan dan kefahaman yang telah diberikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, semua pembeli tiket akan dihubungi menerusi e-mel bagi urusan pemulangan wang yang boleh dibuat melalui platform penjualan tiket rasmi, myticket.asia.

Pembeli turut dinasihatkan menyemak e-mel masing-masing serta menyimpan bukti pembelian dan maklumat transaksi bagi melancarkan proses pemulangan wang.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perancangan konsert tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement