Skip to main content

Konsert

Konsert Seribu Rahmat Umbrella Bakal Gegarkan Utara Bersama Zamani & Floor88! Satukan Tiga Generasi Di Pentas UUM Sintok

Umbrella konsert UUM Sintok

Sekilas

  • Kumpulan Umbrella akan mengadakan Konsert Seribu Rahmat Umbrella pada 6 Jun 2026 di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan penampilan khas Zamani dan Floor 88.
  • Konsert ini menggabungkan muzik klasik 90-an dengan teknologi AI yang memaparkan video flashback perjalanan kumpulan secara digital.
  • Tiket dijual dalam tiga zon dengan harga bermula RM50, dan konsert ini dijangka berlangsung selama lebih 2 jam 30 minit dengan 20 lagu hit popular.

Kumpulan Umbrella bakal mengadakan Konsert Seribu Rahmat Umbrella yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026.

Bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan nostalgia, malah merupakan sebuah gabungan elemen muzik klasik 90-an bersama teknologi masa kini.

Dianjurkan oleh Pertubuhan Bahtera Prihatin Rakyat Perlis (PBPRP), konsert ini bakal menampilkan kumpulan legenda Umbrella sebagai teraju utama, dengan penampilan khas, Zamani serta kumpulan Floor 88.

Gabungan ini dirangka khusus bagi menyatukan tiga segmen peminat yang berbeza, daripada golongan dewasa yang membesar dengan lagu-lagu puitis era 90-an sehinggalah generasi muda yang mendominasi platform digital.

PBPRP menjelaskan bahawa pemilihan lokasi di Kedah merupakan langkah desentralisasi industri kreatif bagi membuktikan konsert bertaraf tinggi tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur.

Dewan Mu’adzam Shah dipilih kerana fasiliti profesionalnya yang setaraf dewan konsert terkemuka, selain kedudukannya sebagai pintu masuk strategik bagi peminat dari Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara, dan selatan Thailand.

Vokalis kumpulan Umbrella iaitu Zarul Husin, menzahirkan rasa terujanya terhadap kolaborasi pertama bersama penganjur di lokasi yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

“Ini merupakan kali pertama Umbrella mengadakan konsert di UUM. Hubungan ini terjalin secara unik memandangkan pemain bass kami sendiri merupakan kakitangan di universiti tersebut.

“Kami bakal mempersembahkan kira-kira 13 buah lagu yang diambil sepenuhnya daripada album Seribu Rahmatdan Hujan Panas.

“Ia benar-benar sebuah perjalanan nostalgia, malah ketika sesi latihan, saya sendiri merasai emosi yang mendalam kerana sudah lama tidak menyanyikan lagu-lagu tersebut,” ujarnya.

Tambah Zarul lagi, konsert ini akan menjadi momen istimewa yang merangkumkan jatuh bangun perjalanan seni mereka.

“Kami mahu penonton merasai satu ‘perjalanan’. Lagu-lagu yang dipilih adalah yang cukup dekat di hati peminat tegar.

“Lagu-lagu itu termasuk kemungkinan lagu daripada album Payung Sakti dan persembahan solo saya sendiri. Ini adalah hadiah buat mereka yang setia menyokong kami sejak awal 90-an,” katanya.

Keunikan utama konsert ini turut terletak pada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Penonton bakal disajikan dengan video flashback perjalanan Umbrella yang diolah semula secara digital menggunakan AI, memaparkan klip arkib dan rakaman di sebalik tabir yang jarang dilihat sebelum ini.

Selain itu, buat julung kalinya, Umbrella dan Zamani akan berkongsi pentas dalam satu susunan muzik istimewa yang menggabungkan lagu hit masing-masing dalam bentuk medley.

Penerbitan kreatif konsert ini diterajui oleh komposer terkenal, Dr Azmeer, yang bertanggungjawab memastikan standard tertinggi bagi susunan muzik dan kualiti audio.

Dengan penglibatan lebih 150 petugas tempatan, acara ini diharapkan dapat merancakkan ekonomi kreatif di wilayah utara.

Pentas bakal bergema selama lebih 2 jam 30 minit dengan rangkaian 20 buah lagu hit.

Antara karya ikonik yang bakal dipersembahkan termasuklah Ramalanku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu oleh Umbrella, manakala Zamani bakal memukau dengan Gerimis Mengundang dan Kembali Terjalin. Menambah kehangatan suasana, Floor 88 akan membawakan lagu-lagu bertenaga seperti Hutang dan Chikadun.

 

Tiket boleh didapati dengan harga berikut:

Zon Ramalanku Benar Belaka – RM150

Zon Bukalah Hatimu – RM100

Zon Akulah Teduhan Mu – RM50

(Susunan tempat duduk adalah bebas berasas konsep ‘first come first seat’)

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Must-Watch Video

Advertisement