Skip to main content

Hiburan

Konsert Tak Bisa Memilihmu 'Hadiah Terakhir' Adi Buat Peminat

Konsert Tak Bisa Memilihmu 'Hadiah Terakhir' Adi Buat Peminat

Sekilas

  • Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu akan berlangsung pada 23 Januari 2027 di Idea Live Arena sebagai persembahan terakhir vokalis utama, Adi Priyo, selepas lebih 20 tahun bersama kumpulan.
  • Konsert ini dianjurkan oleh Vamos Esports dan SVEN Asia Venture sebagai langkah memperluaskan jenama e-sukan ke bidang hiburan dan gaya hidup, serta menggabungkan peminat generasi Z, Alpha dan milenial.
  • Tiket konsert berharga RM99 hingga RM199 akan mula dijual pada 28 Oktober melalui platform Fantopia, dengan konsert bermula pada pukul 8.30 malam.
Advertisement

Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu bakal menjadi hadiah perpisahan vokalis utamanya, Adi Priyo buat peminat apabila berlangsung di Idea Live Arena, Damansara pada 23 Januari 2027.

Selepas lebih dua dekad bersama kumpulan tersebut, Adi mahu menjadikan persembahan berkenaan sebagai pentas meluahkan penghargaan kepada peminat sebelum mengundurkan diri daripada tugasnya sebagai vokalis.

Advertisement

Menurut Adi, keputusan menjadikan konsert itu sebagai persembahan terakhir bersama 6ixth Sense dibuat selepas pertimbangan mendalam.

“20 tahun bukanlah satu tempoh masa yang sekejap. Namun, setelah memikirkannya masak-masak, saya ingin mengumumkan bahawa Konsert Tak Bisa Memilihmu di Idea Live Arena ini akan menjadi persembahan terakhir saya sebagai vokalis 6ixth Sense.

“Oleh kerana ini persembahan penutup tirai saya bersama kumpulan, saya mahu jadikan konsert ini satu persembahan yang paling jujur daripada saya buat anda semua.

Advertisement

“Ia adalah luahan kasih sayang saya yang terakhir di atas pentas sebelum melepaskan mikrofon secara rasmi,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre, semalam.

Dianjurkan Vamos Esports dengan kerjasama SVEN Asia Venture, konsert itu turut menjadi langkah perluasan jenama syarikat e-sukan tersebut ke dalam bidang hiburan dan gaya hidup.

Ketua Pegawai Eksekutif Vamos Esports, Hanan Aziz berkata, penganjuran konsert berkenaan membuka ruang untuk pihaknya mendekati kelompok penonton berbeza.

Menurutnya, langkah itu juga menyokong sasaran syarikat untuk menjadi rakan kelab rasmi bagi Esports World Cup.

“Visi utama kami adalah untuk menjadi rakan kelab rasmi bagi Esports World Cup. Untuk mencapai standard antarabangsa itu, kami perlu melebarkan sayap sebagai jenama gaya hidup dan hiburan yang menyeluruh.

“Jika penonton e-sukan kami majoritinya generasi Z dan Alpha, 6ixth Sense pula mempunyai kelompok peminat dalam kalangan milenial. Jadi, konsert ini akan menjadi titik pertemuan untuk menghimpunkan dua generasi,” ujarnya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif SVEN Asia Venture, Syaqif Aimer memaklumkan pihaknya merancang aspek audio, pemilihan lagu serta elemen persembahan khas bagi menjayakan konsert tersebut.

Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu dijadualkan bermula pukul 8.30 malam.

Tiket berharga antara RM99 hingga RM199 akan mula dijual pada 28 Oktober ini, pukul 12 tengah hari menerusi platform Fantopia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement